Probiotik Baik Untuk Usus, Cara Mudah Buat Sendiri YOGURT Lebih Sihat & Jimat! Pengambilan yogurt setiap hari sangat baik untuk kesihatan tubuh. Berbanding beli yogurt yang ada di pasaran, ada baiknya buat sendiri yogurt di rumah. Mudah je untuk membuatnya, malah lebih sihat dan jimat.
JOM BUAT YOGURT SENDIRI, GUNA 3 BAHAN JE
Asal pegi mall je anak anak borong air vitagen, air yogurt, yogurt dan macam macam lagi jenis makanan minuman yang berasaskan yogurt.
Tapi mak mak, kadang risau kan..jumlah gula yang terlalu tinggi tu. Duit pun banyak jugak ni keluar untuk beli semua tu. Boleh pokai camni.
Jadi..jom syifa kongsikan dengan semua macamana cara buat yogurt sendiri kat rumah. Insyallah lebih sihat dan lebih jimat yang penting kalau buat dengan kasih sayang, boleh beri kesan yang lebih baik untuk keluarga kita.
1. Mengandungi probiotik baik untuk usus. Bantu dalam proses pencernaan
2. Mengandungi banyak nutrien yang tinggi khasiat
3. Baik untuk tulang. Menguatkan tulang
4. Bagus untuk menjaga berat badan, kawal selera makan, kenyang lebih lama
5. Bagus untuk kulit, kurangkan pori di muka,
6. Protein tinggi
4 Liter Susu Fresh
(Syifa guna jenama farm fresh. Boleh guna berapa bnyk pun korang nak guna. Syifa buat 4 liter. Sebab anak anak memang hari hari makan yogurt)
1 botol kecil Yogurt asli sebagai starters.
(Syifa guna jenama dutch lady low fat perisa asli)
4-5 biji Limau nipis
1. Jika susu dan yogurt ada dalam peti ais, bawak keluar dulu..biar sama suhu dekat luar.
2. Kemudian panaskan susu, jangan sampai menggelegak.
3. Syifa guna susu fresh dari farm fresh. Untuk ibu yogurt, atau starter, syifa guna dutch lady low fat yogurt yang tak ada perisa ye.
4. Agak-agak susu dah suam suam tu, bila titik kat tangan tak sakit, boleh matikan api. Kacau kacau bagi hilang panas pastu boleh masukkan yogurt starter. Kultur hidup dalam tu boleh mati kalau susu panas. Jadi make sure sblum letak yogurt, susu tak panas sangat.
5. Lepas tu, perah limau nipis 5 biji untuk 2 botol besar susu.
6. Kacau pelan-pelan. Then boleh tuang dalam botol yang sama.
7. Bungkus dan peram dalam 8 jam, dalam suhu bilik. Lepas 8 jam boleh letak dalam freezer.
8. Bila nak makan, boleh makan camtu je, atau boleh campur dengan apa-apa. Syifa pernah buat sos strawberry tanpa gula, campur dengan avocado dan macam-macam buah lagi boleh mix.
9. Kalau nak buat jadi air yogurt, tambah air sikit, boleh letak sunquic ke, rebina ke ikut creativiti sendiri.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Roti Strawberry Yogurt Sedap Lembut, Resipi Viral Tiktok ‘Juicy’ Macam Puding!
Baca Lagi Di Sini:Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!
Artikel Menarik:Yogurt ‘Expired’ Masih Boleh Dimakan Tapi Kena Ada Caranya, Jangan Buang!
Mingguan Wanita:Banyak kebaikan yogurt untuk kesihatan. Elok sangat diamalkan selalu dan buat sendiri di rumah. Memang lebih jimat dan sihat.
Sumber: Kasyifah Ibrahim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.