Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak diberi tugasan melalui grup Whatapps dan telegram di samping kelas secara atas talian. Sesetengah kerja rumah memerlukan mak, ayah print tugasan atau homework yang diberikan guru.
Disebabkan tempoh PKP ini mungkin berlanjutan dan panjang, jadi banyak bahan yang perlu diprint dan ditampal. Bila terlalu banyak kertas yang diprint dalam saiz A4 ditampal dalam buku latihan, buku akan jadi mengelembung dan tidak kemas.
Oleh itu, ibu ini berkongsi cara print yang lebih efektif agar buku anak nampak kemas dan kerja menampal lebih mudah. Print sahaja dalam A5, tentu kerja menampal lebih mudah dan kemas.
Ini cara ummi uruskan kerja sekolah yang cikgu beri melalui Wwhatsapp.
Sebelum ini ummi kalau dapat homework dari guru, ummi akan terus saja print saiz A4. Kemudian bila ditampal dalam buku latihan kena dilipat-lipat pula (buku tulis sekolah saiznya kecil, A4 ini besar).
Bukan sedikit page yang nak kena tampal dan lipat. Ummi yang tengok pun sakit mata dan serabut. Lalu terfikir, nanti buka sekolah kasihan pula cikgu hendak semak buku yang kembung berlipat-lipat ini.
Ads
Potong kertas A4 kepada dua bahagian,jadilah A5. Jimat kertas dan juga dakwat.
Print Size A5
Alhamdulillah terfikir pula hendak print size A5.
Kertas A4 ummi lipat dua dan potong… Jadilah size A5.
Bila tampal dalam buku nampaklah kemas sedikit.
Insyaallah, cikgu pun tenang sahaja hendak semak buku anak murid nanti.
Rasanya size A5 ini lebih efektif. Jimat kertas, jimat ink, lebih mudah hendak ditampal dalam buku tulis sekolah.
Ads
Buku tidak mengelembung dan kemas.
Kalau Kecil Print Saiz A4
Tapi ada juga soalan yang tulisan terlalu kecil atau ruang untuk menulis jawapan pun tak muat, maka yang itu kena print size A4 jugalah.
Dekat rumah ini seorang sahaja yang sekolah tetapi ummi kena print dua set soalan yang sama. Sebab adik pun hendak belajar dan buat latihan yang sama macam abang. Ummi sudah macam Kak Ros mengajar Upin Ipin.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mak-mak yang kini sibuk menguruskan anak-anak melakukan “homework” di rumah. Paling penting lebih mudah dan menjimatkan kertas serta kemas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Soalan pertama orang akan tanya bila tahu saya kerja sebagai seorang wartawan adalah, “seronok tak kerja wartawan? Mesti seronok kan dapat jumpa ramai orang.” Apa jawapan saya? Ya, memang seronok sebab saya minat dunia penulisan. Tapi, kalau tak tahan cabaran jangan mimpi nak jadi wartawan. Jiwa kena kental, mampu kerja di bawah tekanan, dihimpit deadline. Tak sanggup, bidang ni bukan untuk kamu!
Sepanjang karier lebih 18 tahun berkhidmat sebagai wartawan, bermacam-macam kisah suka duka yang telah dilalui. Bila saya selak satu persatu, ia memberikan 1001 kenangan terindah untuk saya simpan. Kerjaya sebagai wartawan juga membolehkan saya berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat. Daripada golongan biasa sehinggalah VVIP.
Tak Akan Sama
Setiap tugasan juga ada cabaran tersendiri. Jika berjumpa dengan orang yang kurang bernasib baik, kita jangan meletakkan diri kita lebih tinggi daripada mereka. Cuba selami dan fahami penderitaan dan kepayahan mereka. Kadangkala mereka ada sifat rendah diri yang tinggi. Jadi, sebagai wartawan, perlu bijak untuk membuatkan mereka selesa berdepan dengan kita. Kadangkala kita tak dapat bayangkan situasi apabila kita ke kediaman mereka. Mungkin kediaman mereka terlalu daif. Jangan sekali-kali memperlihatkan diri kita kekok atau tak selesa. Takut mereka kecil hati.
Orang Melayu kita juga kaya dengan budi bahasa. Apabila membuat tugasan yang memerlukan saya ke rumah mereka misalnya, pasti diri akan dilayan dengan cukup baik sehingga kita pula rasa segan. Belum masuk bab dijamu dengan pelbagai hidangan. Hendak menolak, takut tuan rumah berkecil hati pula walau pun ketika itu mungkin kita sedang mengejar masa untuk tugasan seterusnya. Itu menunjukkan mereka meraikan kita sebagai tetamu walau pun itu kali pertama bersua.
Namun nama pun manusia. Ada perangai masing-masing. Pernah juga pengalaman saya, seharian mengadakan fotografi dengan seorang selebriti, dari pagi hingga ke petang di kediamannya. Hanya dihidangkan segelas air sirap saja. Tapi kami tak kisah. Sebagai wartawan, kami tak pernah minta apa-apa, tak pernah minta kami dilayan bak VIP. Yang penting kerja kami berjalan lancar. Itu belum lagi bab sudah tiba depan pintu rumah, tiba-tiba si selebriti batalkan temu janji. Wartawan, juru foto, juru mekap semua sudah terpacak di depan pagar rumah. Akhirnya, terpaksa kami balik dengan tangan kosong. Memang geram tapi itulah antara di antara cabaran yang terpaksa dihadapi.
Begitu juga bila berdepan dengan golongan VVIP. Ya, kadangkala ada rasa rendah diri bila berjumpa dengan orang yang kaya dan berpengaruh. Hendak melangkah masuk ke kediaman mewah mereka pun dah rasa diri kerdil. Tapi, wartawan kena ketepikan perasaan itu dan bersikap profesional. Tapi, protokol tetap kena dijaga.
Wartawan juga dikatakan sering mendapat layanan VIP jika ke majlis-majlis. Sentiasa duduk di barisan paling depan. Kami mendapat keistimewaan itu kerana penganjur hendak memudahkan kerja kami. Hadirnya kami ke majlis itu adalah demi tuntutan kerja. Tapi jangan tak tahu. Kadangkala wartawan dilayan seperti kami tak ada nilai diri. Dijemput membuat liputan, tapi tidak disediakan tempat duduk. Tidak dibenarkan masuk ke dewan, dihalau balik dan macam-macam lagi. Kadangkala dijemput ke majlis makan malam, tapi kami tak disediakan makanan walau pun tetamu lain disediakan makanan. Memang kami datang kerja, tapi bayangkan kalau majlis bermula jam 7.30 petang hingga 11 malam, agak-agak kami tak lapar ke?
Skil Berkomunikasi
Apabila hendak menemu bual, wartawan kena bijak untuk memulakan perbualan. Jangan terus ‘terjah’ sahaja. Sebaiknya mulakan dengan perbualan santai untuk mewujudkan mood yang lebih rileks. Barulah orang yang hendak ditemu bual itu juga rasa selesa. Namun, jangan bertanya soalan yang berbaur peribadi.
Sebelum menemu bual seseorang, biasanya saya akan cuba ‘kenal’ dahulu dirinya. Cuba cari maklumat tentang dirinya di internet supaya kita tidak ‘blur’ ketika sesi temu bual nanti. Kena bersedia sebelum menemu bual sesiapa saja. Seeloknya siapkan soalan-soalan sebagai panduan.
Pendek kata, hendak bercerita tentang pengalaman sebagai wartawan memang panjang. Setiap wartawan ada pengalaman masing-masing. Wartawan majalah juga berbeza pengalaman dengan wartawan akhbar. Apa pun masing-masing ada cabaran yang tersendiri dalam merealisasikan tugasan kami. Yang penting, kita minat dengan kerja kita. Apabila dapat menyediakan bahan bacaan yang informatif dan menarik untuk para pembaca, itulah kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi kalau nak kerja wartawan sebab nak cari glamor, baik lupakan saja niat kamu itu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masalah yang biasa berlaku bila bercucuk tanam tentulah serangan serangga yang makan daun tanaman. Boleh ‘sakit hati’ dan geram pula. Ini pun bercucuk tanam dalam pasu di laman rumah.
Bagaimanalah kalau bercucuk tanam di kawasan ladang atau tempat yang luas. Mesti macam-macam masalah, bukan setakat serangga makan daun tanaman tapi boleh jadi tanaman terus tak menjadi.
Kalau nak hapuskan serangan serangga pada pokok tanaman dengan menggunakan racun serangga, bimbang masalah lain pula. Jika sudah pelbagai jenis ubat atau bahan untuk elak serangan serangga yang makan daun tak menjadi. Apa kata cuba saja bahan dapur ini.
Inilah yang dikongsikan oleh MD FS tentang semburan organik untuk tanaman yang dia hasilkan di rumah.
Serangga Makan Daun Tanaman, Guna Semburan Organik
Sekadar berkongsi ilmu yang saya cedok daripada orang-orang yang berpengalaman dan internet untuk penjagaan pokok-pokok dan saya sudah guna untuk tumbuhan yang saya tanam
Saya panggil sebagai Semburan Organik
Bahan-bahannya:
7 biji cili padi (tak kisah warna apa)
7 biji bawang putih (tak perlu buang kulit)
1 inci halia (tak perlu buang kulit)
500-700ml air
1 sudu besar minyak masak
Semua bahan ini blend sampai halus. Selepas itu, masukkan 1 sudu kecil sabun cuci pinggan dan goncangkan.
Masukan dalam botol dan simpan di tempat gelap semalaman.
Cara Guna: Ambil sikit pati organik dan masukan dalam botol spray dan tambahkan air (Pastikan ada bau). Selepas tu dah boleh sembur pada pokok hingga ke tanah.
Tapi…
Pastikan JANGAN sembur waktu PANAS, takut daun MELECUR.
Saya sembur awal pagi dan senja.
Inilah salah satu cara untuk saya kawal daripada serangga makan daun-daun pokok saya
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk elak serangan serangga. Slah satunya cara ini, tak perlu risau sebab semua bahan yang digunakan adalah organik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Diana akui fobia. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Bila sudah bergelar suami isteri, ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Apatah lagi setiap pasangan perlukan keserasian apatah lagi di awal perkahwinan.
Seperti mana yang dikongsi oleh pelakon, Diana Rafar dirinya menghadapi masalah di awal perkahwinan. Dek kerana suaminya, Zamarul Hisyam menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD). Lebih teruk, sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal pada tahun 2015.
Diana Akui Fobia
Malah Zamarul yang terlalu mahukan kesempurnaan membuatkan dirinya sangat berdebar apabila berdepan dengan suami.
“Abang nak orang jadi macam dia manusia yang sempurna. Itu yang terjadi pada saya di awal perkahwinan.
“Rasa macam, apa aku buat semua tak betul, goreng ikan pun dia cakap tak garing. Daripada situ saya fikir ya lah, patutnya goreng ikan memang kena garing.
“Agak sukar sebenarnya sebabnya masa tu baru saja kahwin. Saya pula anak bongsu daripada enam orang adik beradik, memang manja, umpama princess. Akur kadangkala jarang nak buat kerja rumah, manja dan pada masa itu di rumah dah ada pembantu rumah..
“Bila kahwin kena buat kerja rumah, kena masak. Kena tegur dengan suami pula. Masa kena tegur tu dalam hati mulalah terdetik, mak, bapa dan kakak aku pun tak pernah tegur macam ni! Benda macam ni lah yang membuatkan jadinya pergaduhan hingga penceraian berlaku.
“Saya muhasabah diri, awal perkahwinan memang tak boleh nak serasi dan stress.
“Bila dia balik bunyi kereta saja jantung dah berdebar. Apa salah aku ni. Dia tak pernah marah sebenarnya. Dia cuma tegur, contohnya kenapa sampah berselerak. Tapi disebabkan ketakutan membuatkan saya fobia.
“Benda-benda macam tu membuatkan saya bersyukur dan mengajar saya erti kebersihan dan displin, Bukan saya saja malah anak-anak juga semua Zamarul latih begitu,” luah Diana.
Zamarul Masih OCD
Berkongsi tentang penyakit suaminya itu, Diana akui Zamarul masih OCD namun tidak seperti dulu.
“Suami masih OCD dan saya masih dalam ketakutan. Mungkin dalam ketakutan abang tak sempat nampak kekurangan saya.
“Walau sekarang ni dia dah tak tegur namun dek kerana fobia sebelum ini membuatkan saya sentiasa bersedia dan dan menjaga agar abang tak nampak kesilapan kita.
“Abang kini lebih tenang, sebab rumah lebih kemas dan terjaga. Sebab dia tak boleh kotor, habuk, berselerak dan sebagainya. Jadi bila kita jaga dia tak ada peluang cari kesalahan kita,” luah Diana ketika bertandang ke kediamannya baru-baru ini.
Pada hari yang sama pasangan suami isteri itu telah mengadakan Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0. Untuk rekod sebelum ini Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu telah mendorong Diana dan Zamarul menganjurkan siri kedua.
Istimewanya, Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 bekerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd dengan menyantuni 20 artis seterusnya memberikan tajaan produk Afyaa Hayyiba, Afyaa Sahiyya selama tiga hingga enam bulan dan wang tunai RM5,000.
Selain itu, kesemua artis turut mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra Datuk Seri Salim Abdul Rahman.
Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.
Pengasas Dari Poket Artis Ke Poket Artis yang juga pelakon Zamarul Hisham menerangkan siri kali ini bukan saja membantu dari wang ringgit, tapi turut memberi fokus pada kesihatan artis yang terpilih.
Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 berfungsi sebagai platform penting untuk merapatkan jurang generasi dalam industri hiburan.
Dengan mencipta peluang interaksi di antara artis moden dan artis veteran, inisiatif ini memupuk rasa perpaduan, kerjasama dan semangat saling menyokong yang lebih mendalam merentas era komuniti hiburan yang berbeza.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...