Prince Harry & Meghan hampir kemalangan dikejar paparazzi, insiden membayangi kemalangan menimpa Puteri Diana. Insiden dikejar paparazzi yang mahu mendapat gambar eksklusif dalam dunia golongan ternama bukan hal baru. Yang sering menjadi mangsa adalah golongan selebriti kerana setiap gambar yang terjual nilainya sangat tinggi.
Terkini, Duke dan Duchess of Sussex iaitu Prince Harry dan isterinya, MeghanMarkle menjadi mangsa kerakusan paparazzi hingga mengakibatkan mereka hampir mengalami kemalangan apabila dikejar paparazzi dalam insiden semalam.
Media melaporkan adanya insiden kejar mengejar hampir dua jam selepas kedua pasangan ternama ini selesai menghadiri acara anugerah Women Of Vision Awards yang diadakan di Ziegfeld Ballroom New York, Amerika Syarikat.
Menurut jurucakap pasangan Diraja ini, sekumpulan paparazzi yang sangat agresif mengejar kenderaan pasangan ini dalam situasi yang “hampir berbahaya” berikutan kenderaan dinaiki oleh Harry dan Meghan hampir bertembung dengan kenderaan paparazzi selain keselamatan orang awam di laluan pejalan kaki. Turut sama dalam kenderaan dinaiki ialah ibu Meghan, Doria Ragland.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pasangan Diraja Putera Harry & Meghan Tidak Mahu Hadiah Kahwin, Tapi Sarankan Beri Pada Pusat Kebajikan
Pernah Jadi Mekanik, Ini Kisah Menarik Queen Elizabeth 11 Paling Lama Duduki Monarki Britain
Wow, Ini 10 Perkara Yang Meghan Markle Tak Boleh Lakukan Setelah Berkahwin Dengan Putera Harry!
Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Paling Bermakna Putera Harry & Meghan Markle
“Prince Harry dan Meghan dilaporkan sangat tertekan dengan insiden yang terjadi,”katanya lagi. Media antarabangsa melaporkan tiada kemalangan jiwa terjadi atau kerosakan pada kenderaan dinaiki pasangan Di Raja ini atas insiden ini.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian ini. Dilaporkan sejak membuat keputusan meninggalkan istana, pasangan ini sering menjadi tumpuan media.
Memilih tinggal di New York dan terlibat dengan kerja amal, sejak kejadian menimpa ibunya, Puteri Diana yang mati akibat kenderaan dinaiki terlibat kemalangan semasa dikejar sekumpulan paparazzi, Prince Harry sering meluahkan kemarahannya terhadap pencerobohan media selepas kejadian menimpa ibunya hingga membawa kepada kesunyian hidupnya yang perlu melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.
Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l’Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.