Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah manifestasi kerajaan yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pakej ini membuatkan semua rakyat berasa lega dengan keadaan yang tidak menentu sekarang gara-gara COVID-19.
Ada di kalangan kita yang tidak dapat bekerja dan tidak bergaji apabila kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung, PRIHATIN dapat membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.
Paling penting Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah inisiatif kerajaan tanpa meminggirkan sesiapa pun kerana semua daripada kita terjejas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Pengumuman pakej rangsangan yang lebih menyeluruh itu dibuat dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pakej itu merangkumi tiga teras iaitu untuk melindungi rakyat berjumlah RM128 bilion, memberi sokongan kepada perniagaan berjumlah RM100 bilion termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuhkan ekonomi negara.
Sejumlah RM20 bilion telah diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari.
“No one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan,” kata Muhyiddin. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
MW: Pendek kata, tidak kiralah berapa banyak setiap mak, ayah dapat bantuan daripada PRIHATIN, pastikan terlebih dahulu akur dengan arahan untuk duduk diam-diam di rumah.