Berita

Pramugari MAS Meninggal Di Tokyo, Adik Kongsi Arwah Risaukan Kesihatan Mak Tapi Allah Lebih Sayang

Share

Pramugari MAS meninggal di Tokyo, adik kongsi arwah risaukan kesihatan mak tapi Allah lebih sayang.  Pemergian mengejut  seorang pramugari Syarikat Penerbangan Malasysia (MAS) ketika transit di Tokyo amat mengejutkan.

Pramugari dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah dilaporkan sedang  bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sebelum dilaporkan terjatuh lalu meninggal dunia.

Pramugari MAS Meninggal Di Tokyo

Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam pada itu di insta stories adik kepada arwah, Norzarita Hanum Hamzah berkongsi kesedihan berikutan kehilangan kakak kesayangannya. Malah dirinya turut berkongsi ucapan takziah dari rakan-rakan yang mengenali arwah yang turut mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Adik Kongsi Arwah Risaukan Kesihatan Mak Tapi Allah Lebih Sayang

Dari satu perkongsian, Norzarita turut memaklumkan perbualan akhir arwah kakaknya bersama seorang rakan di mana mata arwah amat berkaca tatkala berbicara tentang emak mereka. Namun di saat kebimbangannya tentang kesihatan emaknya, Allah terlebih dahulu menjemputnya.

Memetik laporan  The Star, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan anak kapal kabin itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya pada Isnin.

Sebelum itu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

“Dengan rasa sedih kami melaporkan kehilangan tragis seorang kru kabin Malaysia Airlines pagi ini.

“Anggota kru Norzana Hanim Hamzah sedang singgah di Tokyo dan meninggal dunia di hotel kru sebelum mengambil penerbangan pulang ke Malaysia, menurut sumber rangkaian kami.

“Punca kematian masih belum disahkan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH tidak menolak kemungkinan dia terjatuh ketika sedang bersiap sedia untuk penerbangan pulang (ke Malaysia),” katanya.

Laman media sosial itu dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keluarga dan sahabat anak kapal tersebut.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab

Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya

‘Me Time’ Dikelilingi Hutan Menghijau Bersama Tersayang, Inilah Masanya Mak-Mak Lari Dari Hiruk Pikuk Kota 

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.
Published by
Almaswa Haji Che Ros