Serai memang banyak digunakan dalam masakan sebagai penambah aroma menyedapkan lagi masakan. Lebih jimat belanja dapur jika kita tanam sendiri serai di rumah. Bila nak digunakan tinggal amik je, tak payah kalut nak beli dekat kedai.
Rupanya sebelum tanam serai, pastikan pangkal serai dipotong serong sejengkal, rendam sampai keluar akar dan bertunas barulah ditanam ke tanah.
Serai antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam dan mudah penjagaannya.Ada 2 kaedah yang lazimnya digunakan untuk menanam serai.
Pertama menggunakan kaedah tanam terus serai yang sudah berakar.
Kedua melalui kaedah pangkal serai yang dipotong serong kemudian direndam di dalam air sehingga berakar dan bertunas barulah ditanam.
1.Sediakan bebarapa batang serai.
2.Boleh potong dalam ukuran sejengkal atau ukuran pendek lebih kurang seinci.Potong serong serai tersebut supaya mudah bertunas.
3..Serai yang telah dipotong hendaklah direndam di dalam air selama beberapa hari untuk mengeluarkan akar dan tunas.
4.Sediakan media tanaman iaitu topsoil + cocopeat + pasir.Jika tiada topsoil boleh guna tanah organik @ tanah 6 in 1.
5.Tanam serai dalam bentuk menyerong bukan menegak supaya cepat mngeluarkan tunas-tunas yang baru.Tanam di tempat yang panas supaya pokok serai cepat membesar.
6.Siram dua kali sehari.Baja yang sesuai untuk serai ialah tinja ayam dan tinja kambing proses. Mol roti juga sangat sesuai. Nanti gemuk-gemuk serainya.
7. Serai ambil masa selama 3-6 bulan untuk membentuk rumpun yang cantik.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini : SEMAI Pakchoy Cepat Membesar, Selepas Keluar Daun PENTING Bagi ‘Direct’ Cahaya 8-12
Mingguan Wanita : Baru tahu, nak tanam serai boleh guna kaedah begini rupanya. Pastikan pangkal serai dipotong serong sejengkal, rendam sampai keluar akar dan bertunas barulah ditanam ke tanah. Mak-mak suka berkebun, boleh cuba cara begini di rumah nanti.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita