Buat POPIA SIRA Manis-Manis Pedas Rangup, Resipi Untuk Sepeket Kulit Saiz 8! Ada masanya memang teringin nak makan popia pedas manis dan rangup ni sebagai kudapan ringan. Nak buat rupanya mudah je dan pastinya sedap. Boleh cuba resipi ni untuk makan sendiri atau dibuat jualan bulan puasa dan raya nanti.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Adam Adwa ini.

Cerita semalam teringin nak makan pastu rindu nak buat pon ye jugak. Dulu nie lah antara punca pendapatan time bulan Ramadhan Syawal, Alhamdulillah hantar kat kiosk-kiosk, hantar kat kedai-kedai makan dan jual sendiri. Semalam weekend dok saja takde buat apa maka tadaaaaa.

Ini lah hasilnya. Alhamdulillah rasa masih sama manis manis pedas dan rangup! #PopiaSiraPedasManis in #Montreal

Saya share resepinya tapi agak-agak InsyaAllah puan-puan boleh buat yakin boleh!

Bahan-Bahan (Popia):

Untuk sepeket kulit popia saiz 8. Belah 2 dan leraikan satu=satu (untuk belah pertama).
Lagi satu simpan dekat chiller. Takut kering nanti susah gulung.
Gulung macam biasa dan gamkan hujung dgn cairan tepung gandum. Dah siap semua gulung potong-potong serong dan goreng. Angkat toskan.

POPIA SIRA Manis-Manis Pedas Rangup, Resipi Untuk Sepeket Kulit Saiz 8!

 

POPIA SIRA Manis-Manis Pedas Rangup, Resipi Untuk Sepeket Kulit Saiz 8!

Ads

Bahan-Bahan (Sambal Sira)

(Untuk sambal sira untuk sepeket kulit popia)

2 sudu besar lada blender
3-4 sudu besar sos cili
4-5 sudu besar gula (time rasa jika kurang manis boleh tambahkan lagi sesudu).
Sedikit garam dan jika suka tambah perasa.

Kacang Tumbuk Kisar
Bijan (disangai)

Cara Membuat:

1. Tumiskan lada kisar sampai pecah minyak. (Biasa saya masak lada blender banyak-banyak so nanti untuk seterusnya dah ada).

Ads

2. Kemudian, masukkan sos cili, gula, garam dan perasa. Masak dengan api kecil hingga buih-buih wap air dah hilang. Yang tinggal buih-buih halus gula.

3. Time nie rasakan jika semua ok boleh masukkan popia yang kita dah goreng tadi. Masukkan sekali kacang. Saya letakkan kacang yang ditumbuk kasar. Jika suka boleh tambah ikan bilis goreng (tapi saya tak letak sebab ikan bilis bila lama dalam beks kedap nanti ada bau yang saya kurang gemar heheh.)

4. Tutup api, gaul rata pelan-pelan hingga serata dan boleh masukkan Bijan yang kita dah sangaikan.

POPIA SIRA Manis-Manis Pedas Rangup, Resipi Untuk Sepeket Kulit Saiz 8!

Ads

Sejukkan dan boleh di simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba.

Mesti Baca:Cara Mudah Buat Popia ENOKI Goreng Crispy, Bekal Sekolah Anak
Baca Lagi Di Sini:Resipi Kulit Popia Dibuat Niaga, Perap Semalaman Tekstur Lebih Licin & Cantik!
Artikel Menarik:Lembutkan Kulit Popia Yang Kering/Keras, Lapik Dengan Kain Lembap Kukus Sekejap!

Mingguan Wanita: Mudah rupanya nak buat popia sira manis-manis pedas rangup ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau jualan untuk raya nanti.

Sumber: Adam Adwa

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI