Seaweed iaitu rumpai laut juga rupanya boleh dijadikan ‘kerepek’ atau jajan kudapan yang sangat sedap.Malah tengah viral ‘kerepek’ popia Seaweed ni, sebab hanya guna 3 bahan sahaja malah sangat senang nak buat. Boleh buat untuk makan sendiri di rumah atau di buat jual.
Ini resipi Popia Seaweed daripada Puan Airina Ainy sebagai rujukan;
Geng tak boleh rentas daerah masukkkk !! Kerepek terlajak sedap dan senang nak buat. Popia Seaweed
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Seaweed (Perisa Klasik) Boleh beli di kedai 99 Speedmart
Telur
Cara Membuat:
1.Sapu telur seluruh permukaan kulit popia. Lipat kulit popia lapis seaweed. Seaweed tu potong 2 ya.
2. Dah siap lipat. Lepas tu gunting kecil-kecil. Ikut nak saiz macam mana. Potong kecik-kecik lagi syiok mengunyah kan.
3. Lepas goreng popia seaweed tabur perasa pasti sedap. Ni jangan tabur banyak-banyak cukup buat rasa-rasa je. Tapi kalau tak nak tabur perasa pun boleh. Popia seaweed dah ada rasa dia. Sedap jugak.
Ads
Cuba la. Shedappp !!!
Info Ekstra!
Jika tak boleh makan telur, boleh ganti dengan bancuhan tepung gandum.
Seaweed untuk sushi pun boleh guna juga. Tapi yang tu rasa dia tawar. Kena letak perasa baru sedap. Kalau yang jenis dalam gambar ni dia memang dah ada rasa. Tak letak perasa pun dah sedap.
Goreng sekejap je. Nampak dah perang sikit boleh angkat .
Ads
Baca Lagi Di Sini: “Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis
MW: Mudah je nak buat Popia Seaweed ni, guna 3 bahan je. Memang sedap, sesuai buat kudapan sambil tengok tv nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Rupanya lobak merah pun boleh dijadikan snek yang sedap dan sihat. Bagi anak-anak yang suka makan snek tapi payah nak makan sayur, mak-mak boleh cuba buat ‘Carrot Chips’ ini di rumah.Bakar garing dalam oven, atau guna air fryer pun boleh. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi Carrot Chips yang sihat dan senang nak buat ni daripada Puan Noraliza Alwi sebagai panduan;
“Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek. Resepi mudah buat carrot chip sihat untuk anak. Guna Air fryer pun boleh, 3 bahan saja.”
“Resepi Carrot Chips Mudah”
Bahan-Bahan:
Lobak Merah – ikut suka banyak mana
Minyak Zaitun
Garam sedikit sahaja
*Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja.
Cara Membuat:
1. Basuh bersih carrot.
2. Bolehlah ‘peel’ carrot dengan agak tebal.
3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing boleh kunyah-kunyah macam potato chip.
Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.
Donut ‘Bomboloni’ bagaikan satu trend kuih muih, yang menjadi kegemaran ramai. Semenjak viralnya ‘Bomboloni’ ni, ia banyak di jual di tepi jalan mahupun dijual secara online.
Mak-mak yang nak rasa sendiri, kesedapan ‘Bomboloni’ ataupun nak cuba berniaga donut ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Farah Syazwanie. Wanita ini bermurah hati sudi berkongsi resipi jualan donut ‘Bomboloni’ sedap yang juga dia panggil si “kepuk kepuk” sebagai panduan.
“‘Bomboloni’ saya panggil si “kepuk kepuk” apa pun namanya ia tetap DONUT.Hasil jualan saya. Saya kongsikan pada anda resepi yang saya gunakan. Semoga memberi manfaat buat para isteri pada adik-adik lepasan SPM yang baru nak memulakan perniagaan sampingan. Doakan juga semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Amiin.”
Adunan untuk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan).
Bahan-Bahan:
500gm Tepung gandum/ high protein (saya guna HP)
11gm yis mauripan (1 paket)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu makan marjerin
1 biji telur gred B
3 Sudu besar gula
2 Sudu besar susu tepung
Sedikit garam
1 cawan fresh milk
1/2 cawan air biasa
*Biarkan semua bahan pada suhu bilik, kecuali susu segar guna yang sejuk.
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan sekali termasuk yis.
2. *Guna tangan uli 15-20 minit.
* Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.
3. Rehatkan adunan 30 minit.
4. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding(membulat).
5. Biarkan adunan naik kembang 2x ganda lepastu dah boleh goreng.
6. Gaulkan donut yang dah digoreng tadi dengan snow sugar (boleh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.
7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam jangan la sampai tembus pula ya.
8. Akhir sekali boleh la bubuh filling nutella. Anggaran Sebiji bombolini ini 50gram.
Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat.
#Bombolonikepukkepuk
MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi bombolini yang dikongsikan ni. Memang sedap dan kalau rajin tu boleh jadikan pendapatan sampingan nanti.
Macam-macam versi boleh dicuba untuk masak ikan patin. Ada yang buat asam pedas, lemak atau goreng. Yang paling famous tentulah tempoyak ikan patin.
Resepi tempoyak ikan patin ini pun bermacam versi juga. Tapi versi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar inilah resepi asli yang orang Temerloh biasa guna. Tak pakai bawang pun.
Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin dan daun kesum. Tapi percayalah.. hasilnya memang wallah.. sedap!
Syaratnya ikut langkah demi langkah yang diterangkan dalam gambar. Ada juga sesetengahnya yang memasukkan sedikit lengkuas. Terpulang..
Dan tentulah rasa herba itu akan bertambah. Apa pun dalam memasak ini, air tangan ibu yang penting. Walau macam mana ibu godek, jika ia dari air tangan ibu tentu anak mahupun suami menambah berpinggan-pinggan.
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula
Step Memasak
Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...