Ramai yang suka biskut batang jenama Pepero yang berasal dari Korea Selatan. Biskut ni ada bermacam-macam perisa yang sedap.Jika mak-mak masih tercari-cari biskut raya yang mudah, senang dibuat boleh cuba resipi Popia Pepero yang sedang viral ni.
Berikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Adilah Bte Othman sebagai rujukan;
Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
White coklat
Biskut Oreo (hancur)
1. Potong dan gulung kulit popia.
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air.
**kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja, lekatkan hujungnya dengan air.
2.Goreng kulit popia hingga keperangan. Dah goreng, saya simpan dalam tupperware. Esoknya baru celup white choc.
3.Cairkan white coklat guna kaedah double boil. Bila dah cair celup pada kulit popia, pastu balut pula dengan oreo.
Kaedah double boil, macam ni.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW:Senangnya buat popia papero ni. Anak-anak dan budak kecil puan mesti suka bila hidang masa raya nanti. Kena cuba!
Sumber: Adilah Bte Othman