Popia Nestum + Horlick resipi popular mak-mak yang ada anak kecil.

Popia Nestum + Horlicks ni senang sangat nak buat, guna empat bahan je. Ni menu raya popular terutama mak-mak yang ramai anak kecil. Kalau makan sambil tengok tv, memang layan habis. Sekejap je licin sebalang.  Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Intan Yuhasnida, setiap tahun dia wajib buat. Bukan anak je, suami pun suka.

Resipi Popia Nestum + Horlicks

Bahan-bahan:

3 sudu besar nestum Original} dikisar halus

1 ½ sudu besar Horlicks Original/ susu tepung} dikisar halus

3 sudu besar gula} dikisar halus

Ads

1 paket kulit popia

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Ads

1-Kisar nestum, horlicks dan gula sehingga halus. Boleh juga gantikan horlicks dengan susu tepung. Kadang pernah je tak perasan masa nak buat Horlicks habis, jadi guna je susu tepung anak. Tetap sedap, lemak-lemak gitu. Bila dah siap kisar semua, ketepikan bahan ni.

2-Potong kulit popia kepada 4 bahagian. Kemudian, ambil satu             bahagian, potong kecil-kecil.

Ads
  1. Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana. Bila dah garing atau keperangan, angkat dan toskan. Jangan leka ye, kulit ni nipis dan cepat garing. Dah siap goreng ketepikan.
  1. Bila kulit dah sejuk, campurkan dengan horlicks, gula dan nestum yang dikisar tadi. Gaul sebati. Siap untuk dimakan seisi keluarga. Memang superb resipi legend ni, tak payah nak bakar-bakar guna oven bagai. Confirm anak-anak dan suami suka.

5.Kalau bahan kisar lebih, jangan buang ye. Letak dalam peti ais,         esok goreng kulit popia gaulkan je dengan bahan kisar tu. Boleh       buat stok 2 ke 3 hari. Biasanya untuk sukatan di atas, boleh             dapat 2 ke 3 balang, ikut saiz balang.

Baca sini

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

https://www.mingguanwanita.my/rempeyek-ekspres-guna-kulit-popia-janji-ada-kacang-ikan-bilis/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI