Popia Basah, Wanita Ini Bongkar Resepi Buat Kulit Dan Sos Dari Ayah Saudaranya Yang Cukup Padu!

Share

Ada yang suka popia basah tak? Ini popia basah untuk jualan dari Puan Khadijah Yusoh 1kg tepung boleh dapat 110-120 keping kulit.

Saya kongsikan resepi yang saya belajar daripada ayah saudara sebelah suami, moga manfaat untuk semua. Saya halalkan resepi ini.

KULIT

1kg tepung gandum
1bj putih telur (pukul-pukul manja)
1sb minyak
1sb cuka*
garam*
air*
(bahan yang bertanda * campur dalam bekas)

Cara-cara:

1. Masuk putih telur dalam tepung gaul sebati
2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul sebati
3. Adunan tepung lebih kurang macam nak buat cucur udang tapi sdikit lembik dari cucur perap selama 4-5jam.

Tip:

Adunan boleh main dihujung jari tidak melekat.

Sos

*bawang besar 1bj
*bawang pth 5ulas
*3-4 biji kurma
*cili kering rm3
sos cili 2@3 senduk
garam
gula merah (masak dahulu hingga gula larut)

Cara-cara:

1. Tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili kering hingga pecah minyak dan masukkan sos cili sebatikn.
2. Masukkn air gula merah (tapis dahulu).
3. Masak hingga sos pekat.

Published by
Nadia