Mudah je rupanya nak buat popcorn caramel sendiri di rumah. Bolehlah dijadikan kudapan ketika tengok tv dengan anak-anak nanti.Namun walaupun mudah, jika salah caranya popcorn tersebut mudah lemau atau jadi lembik. Ada caranya untuk pastikan popcorn caramel yang kita buat sendiri ini kekal rangup. Pastikan bakar sekejap dalam oven 6-8 minit. Rasanya memang lagi sedap daripada dibeli di kedai.
Boleh cuba resipi mudah dan tip yang dikongsikan oleh Puan Imanja Zaida ini.
Jom kita buat popcorn, lagi sedap dari kedai
Bahan-Bahan:
Betih Jagung kering
3 Sudu besar butter/marjerin
1 Sudu besar minyak masak
1 cawan gula
Sedikit butter/marjerin
Cara Membuat:
1. Bertih jagung dibasuh bersih dan toskan. Tak perlu keringkan.
2. Panaskan butter / marjerin + 1 sudu minyak masak.
3. Bila dah cair masukkan jagung dan tutup supaya bertih jagung tidak keluar dan api sederhana supaya tidak hangus.
Ads
4. Tarraa kan dah jadi tu.
5. Kemudian, panaskan gula yang macam kita nak buat caramel tu.
Ads
6. Bila dah perang masukkan sedikit butter/marjerin kacau sekejap.
1. Kalau beli dekat hypermarket jagung yang dikukus dalam frezzer tapi yang ni dekat rak yang ada kekacang.
2. Untuk pastikan popcorn kekal rangup, bakar dalam oven sekejap. Suhu 170-180c, 6-8 minit je bergantung jenis oven.
MW: Mudah je rupanya nak buat popcorn sendiri di rumah. Rupanya kena bakar sekejap dalam oven, barulah ia kekal rangup tak lemau.Boleh cuba buat sama-sama dengan anak nanti. Sambil-sambil tengok tv nanti bolehlah makan.
Resepi durian bakar dalam air fryer ini rare sungguh. Kongsi yang dah mencubanya, katanya rasanya macam lempuk durian.
Khatijah Einie berkongsi resepi dan cara membuat durian bakar menggunakan air fryer yang diperoleh dari facebook. Dan ada juga juga yang sudah mencubanya. Betullah seperti yang digambarkan rasanya itu.
“Since ramai tanya, sedap ke tak? Betul ke sedap? Sedap tu subjektif. Sedap di tekak saya, belum tentu sedap di tekak awak. Taste buds kita lain-lain. Raikan sajalah ye cara setiap orang makan durian ni selagi durian ni tak menyebabkan kita bertukar menjadi raksasa.”
Kongsi Khatijah, “Terima kasih dekat sapa yang kongsi Durian Bakar kelmarin. Memang sedap weh! Rasa seakan-akan macam lempuk durian tapi versi takde gula. Sapa yang teringin makan lempuk durian tu bolehla buat gini. Sedap sedap sedap!
Ni saya guna durian kampung kawen isi kuning. Kalau guna durian kawen lain mesti lagi sedap. Korang wajib cuba kalau korang jenis suka mencuba sesuatu makanan yang baru. Cuba tau!
Ada juga yang bimbang untuk bakar durian dalam air fryer. Takut ada meninggalkan kesan bau durian yang kuat. Susahlah nanti nak masak lauk pauk yang lain.
Selepas memasak, Khatijah letakkan roti dan cuka dalam air fryer itu untuk hilangkan bau. Kedua-dua bahan ini akan menyerap bau durian yang tertinggal.
Petua ini juga bagus dicuba jika mengalami masalah peti ais berbau.
Haa.. ini beberapa orang yang dah cuba dan berkongsi hasilnya.
Mingguan Wanita :Menarikkan teknik bakar durian ini. Siapa yang ada air fryer tu bolehlah cuba dan kongsilah dengan Mingguan Wanita hasilnya di ruangan komen ya.
Resipi sambal belacan, kadang fikir macam mana kedai siam buat sebab rasanya beza dengan kita buat kat rumah
Tambah-tambah, kalau makan kat kedai makan terutamanya kedai siam atau masakan pantai timur mesti ada set lengkap dengan sambal belacan dan sup kosong. Ini hidangan wajib yang diberikan.
Rasa sambal belacan dekat kedai makan ini, lain sungguh. Kadang-kadang tertanya-tanya apa resipinya.
Inilah resipi perkongsian daripada Afy AL Habibi. Mak-mak boleh cuba buat di rumah. Kalau rajin boleh buat stok lagi.
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam
Rasa seronok sangat sebab tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngam kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.
Bulan puasa ni selain hidangan berat seperti nasi dan mee sebagai menu utama, makanan sampingan seperti kuih muih dan pencuci mulut juga turut di beri perhatian, pelengkap hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai, terutama di bazar Ramadan ialah murtabak.
Bila nak buat sendiri, bahagan yang paling renyah dibuat adalah buat doh dan uli kulit murtabak. Sebenarnya tak perlu susah-susah lagi, menerusi perkongsian Puan Hidayah Syiblymak-mak boleh buat murtabak guna biskut lemak atau cream crackers je! menurut wanita ini lagi, istimewanya murtabak ini digunakan sebagai salah satu hantaran bagi orang zaman dulu-dulu.
Berikut perkongsian tersebut;
“Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah berbuka Ramadhan nanti, atau untuk di sedekahkan ke masjid. Zaman dulu dulu, zaman mak saya, murtabak crackers ni orang guna sebagai hantaran”
Bahan-Bahan:
1 bungkus setengah biskut cream cracker
800 gm daging kisar
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 biji cili hijau (dihiris halus)
Satu ikat daun sup,daun bawang (dihiris halus)
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar
Dua sudu kecil garam
Dua sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi di alaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan, saiz loyang ni tak sure la berapa inci.
Bahan-Bahan (Kisar)
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan)
3 sudu makan rempah kari daging
Cara-Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4.Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti.
5.Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5.Masukkan bawang yang dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6.Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7.Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8.Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya bahagikan agak-agak je main senduk je).
9.Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam-suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara Menyusun Biskut:
1.Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama-lama nanti kembang pulak, susun dalam loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut untuk isi bahagian lompong.
2.Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3.Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4.Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5.Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6.Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. Keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah dipotong dan dihidangkan.
Tip Ekstra!
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit, campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
MW: Menariknya resipi Murtabak Cream Cracker ni. Mak-mak tak perlu susah payah nak uli doh untuk buat kulit murtabak. Guna biskut pun boleh jadi. Sesuai buat untuk waktu berbuka nanti.