Pertama kali tengok little cottage dalam kebun ini, terus teruja nak kongsikan dengan pembaca. Awesome dan cantik sungguh. Paling unik bila, pondok kecil berkeluasan 22 x 10 kaki persegi ini dibina dalam kebun yang jauh dari bandar. Dekorasi hiasan dalaman pondok kecil dalam kebun ini memang menarik untuk dijadikan inspirasi.
Little Cottage dalam kebun ini tak mempunyai bilik tidur. Ruang dalamannya boleh memuatkan keluarga pemiliknya, Puan Yann Ariff dengan jumlah ahli keluarga seramai 7 beranak. Akuinya, sepanjang menyiapkan rumah ini mereka selamat daripada sebarang gangguan. Tentulah haiwan liar dalam hutan itu kan?
“Inilah little cottage kami bila balik berkebun. Walaupun kecil ada juga tempat berehat. Rangka binaan asas kami upah tukang untuk dirikan seperti dalam gambar.
Akuinya dalam proses nak menyiapkan keseluruhan pondok kecil little cottagenya itu, mereka usahakan bersama suami isteri dan anak-anak. “Alhamdulillah, kami berpuas hati dengan hasilnya.”
Pengalaman pertama menyiapkan rumah duduk dalam kebun yang gelap. Jiran-jiran pun jauh. Terpaksa bermalam di sini dengan pintu dan tingkap tak berpasang lengkap. Lagi scary.. Tapi Alhamdulillah kami selamat tanpa gangguan kenangan bersama anak-anak tersayang.
Cantikkan hasil little cottage yang dah siap ini. Kreatif sungguh pemiliknya. Walaupun cuma little cottage dalam kebuh yang jauh dari bandar, dekorasi dan hiasan dalaman pondok kecil ini cukup menarik perhatian. Sekali gus menyuntik inspirasi buat mak-mak yang tengah tercari-cari idea menghias kediaman itu.
Sumber/Foto : Yann Ariff via Kelab Deco Deco Rumah (KDDR)