‘Pomen’ Ini Kongsi Tip JAGA Mesin Basuh, Barulah Jangka Hayat Tahan Lama

Share

Boleh dikatakan barangan elektrik yang ada di rumah, hanya mempunyai jangka hayat yang singkat. Berbeza dengan barangan elektrik zaman mak ayah kita yang tahan lama.

Perasan tak, hampir 2 tahun, barangan eletrik yang ada kat rumah, tak kiralah televisyen, periuk nasi, peti ais mahupun mesin basuh akan mula menunjukkan ciri-ciri nak rosak.

Nak baiki pun dah satu hal sebab harganya umpama macam beli barang elektrik baru pula. Bila perhatikan, barang elektrik mak kita dulu-dulu boleh bertahan sampai berbelas tahun.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rumah Baru Beli Retak, Ini Cara Nak Tuntut Rumah Dibaiki Kalau Developer Berkeras Tak Nak Buat

PETI AIS Kurang Sejuk, Baiki Sendiri Tukar Termostat Pencairbeku Modal RM12!

Jangka Hayat Mesin Basuh Tahan Lama

Kali ini perkongsian daripada Ridzuan Alfattani , tip untuk jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama. Maklumlah, masuk 2 tahun terus ‘kong’.

Saya, seorang maintenance dan pernah terlibat dalam bidang electrical, mechanical & construction. Saya nak kongsi cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.

1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.

2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju, tutuplah suis soket.

3. Dalam sebulan sekali masukan air panas kira-kira lepas 5 minit di jerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.

4. Andaikata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambik spanar tegangkan di bagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 je.

5. Andai kata air masuk semakin slow buka bahagian paip air masuk kat situ ada filter mungkin tersumbat.

6. Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainye.

Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.

Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita.

Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan.

Mingguan Wanita: Nak baiki, harga pun boleh tahan, macam tak berbaloi. Tambah duit sikit lagi dah dapat yang baru.

Sumber: Ridzuan Alfattani

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora