Polis Miliki Audi A8 RM1.05 Juta & Punya Isteri Dua, Kes Terbongkar Selepas Kematian Seorang Mahasiswi

Share

Polis miliki Audi A8 RM1.05 Juta & punya isteri dua, kes terbongkar selepas  kematian seorang mahasiswi. Jumaat 27 hb lalu, seorang mahasiswi, Selvi Amalia Nuraeni menemui ajal selepas dilanggar sebuah kereta dalam perjalanan ke kampusnya iaitu Universitas Suryakancana Cianjur.

Jika ramai menganggapnya kes kemalangan biasa dalam kejadian di antara jam 14.45 atau 15.45 di Jalan Raya Bandung namun kes ini menjadi tumpuan luar biasa kerana kemalangan ini terjadi ketika berlakunya rombongan  mengiringi pegawai tinggi polis dari Jakarta ke lokasi kejadian melibatkan kes pembunuhan berantai Wowon cs.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Budaya Buli Di Jalan Raya, Anak PM Antara Mangsa. Pemandu Iriz Dicari Polis

Apabila Kemalangan, Jangan Lakukan KESILAPAN ‘Sign’ Dokumen Daripada Orang ‘Tow Truck’ Yang Datang!

Polisi Baru Syarikat Di India, Ganggu Rakan Sekerja Cuti Dikenakan Denda RM5,251

Polis Miliki Audi A8 RM1.05 Juta & Punya Isteri Dua

Dan kes ini menjadi luar biasa kerana dalam rombongan polis itu adanya sebuah kereta mewah Audi A8 yang berharga RM1.05 juta yang mana ia dinaiki seorang wanita dikenali Nur yang mengikut rombongan polis tersebut yang didakwa melanggar mahasiswi ini. Lebih menjadi tanda tanya kerana nombor flat digunakan adalah palsu.

Menambah kepelikan kerana kes kematian mahasiswi ini seakan cuba ditutup seolah tiada pembelaan kerana ia dikatakan melibatkan rombongan polis tersebut. Hal ini menjadi perbahasan di kalangan warga net negara seberang kerana mereka menuntut siasatan penuh ke atas kejadian.

Kereta mewah Audi A8 itu menjadi tumpuan ramai kerana ia tidak sepatutnya berada dalam rombongan polis tersebut. Ternyata  ia terus menimbulkan tandatanya di kalangan netizen dan menyangka-nyangka bagaimana seorang anggota polis berpangkat mampu membeli kereta mewah berharga sejuta (kira-kira Rp2.0m) selain nombor digunakan palsu.

Kes Terbongkar Selepas Kematian Seorang Mahasiswi

Selepas hal ini menjadi kecoh di media sosial, wanita yang duduk di dalam kereta Audi itu terus menjadi tumpuan ramai selepas dirinya muncul.

Hal ini membongkar pegawai polis ini mempunyai dua isteri selain memiliki kereta mewah Audi A8 berwarna hitam.

“Ya, saya isteri kedua seorang anggota polis berpangkat tinggi. Saya mengikuti rombongan dari Jakarta ini atas izin suami kerana kami berjanji akan bertemu di Puncak. Saya ada menelefonnya ketika berada di rumah makan Alam Sunda.

“Ketika sampai di sana saya telefon lagi sama suami kerana melihat rombongan  polis ke tempat kes kejadian. Dan suami izinkan kereta saya naiki ini bergerak sama dengannya. Kerana itulah saya adalah dalam rombongan diiringi anggota pengiring.

Dalam pada itu, gadis muda berusia 23 tahun ini mengakui kereta mewah Audi itu milik suaminya dan dia hanya baru menggunakannya sebanyak tiga kali.

“Kereta saya rosak dan sedang diperbaiki di bengkel. Jadi saya guna kereta ini,” katanya memaklumkan kereta itu dibawa oleh pemandunya selain adanya seorang lagi penjaga anak kecilnya berusia 2 tahun,” katanya yang tampil di hadapan media selepas isu ini menjadi kecoh di media sosial.

Di sebalik kejadian ini, ramai warganet mempersoalkan tentang kekayaan dimiliki anggota polis berpangkat tinggi itu. Kata mereka kalau isteri sudah ada Audi A8, isteri pertama pakai kereta mewah apa pula. Dan ia masih misteri kerana nombor pendaftarannya adalah palsu.

Buat masa ini pemandu kereta Audi, Sugeng Guruh Gautama Legiman (40)  sudah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan hukuman enam tahun penjara menantinya. Sumber :- Liputan 6

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros