Pokok pangkalnya hati dan iman, lelaki tak perlu tunggu punya segalanya untuk diuji. Jika dia mahu curang, susah atau senang, ia tetap berlaku.
Setiap hati manusia ini adalah milik Allah, ada ketikanya hati ini berbolak-balik.
Namun jika benar-benar hatinya hanya untuk yang satu, pasti seorang suami tidak akan curang atau jatuh hati pada wanita lain tidak kiralah di waktu senang atau susah.
Pokok Pangkalnya Hati Dan Iman
Kongsi Annie Sukery, sebagai perempuan, kita kena ada duit sendiri, jangan harapkan lelaki!
Perempuan diuji saat tiada apa-apa, lelaki diuji saat miliki segalanya!
Entah siapa yang keluarkan frasa begini. Ayat atas itu biasanya dari orang bisneslah. Alih-alih suruh join team dia buat duit. Ayat bawah pula keluar bila ada isu isteri kena tinggallah, suami curanglah.
Hancur.
Islam tak pernah ajar sebegitu. Bila berkiblatkan dunia, kita mudah membuat kesimpulan sendiri.
Lelaki Tak Perlu Tunggu
Mula-mula, fahami konsep qada dan qadar Allah. Rezeki, jodoh, pertemuan dan perpisahan, semua atas izin Allah yang Maha Mengatur hidup kita.
Betul, perempuan perlu ada duit sendiri. Tak salah. Tapi bila menafikan fitrah lelaki, itu yang bermulanya suatu kemusnahan.
Lelaki memang fitrahnya suka melindungi dan punya rasa berkuasa. Sebagai isteri, hak kita untuk harapkan duit lelaki ( nafkah). Tak kisah isteri itu seorang CEO sekalipun. Jangan sesekali keluarkan ayat…
Kasihan abang, tak cukup duit hendak tanggung saya. Tak apalah, rumah dan kereta saya bayarkan.
No!
Ads
Itu tugas dia. Bagi dia pikul tanggungjawab dia sebagai lelaki. Pepandailah dia cari duit nak tampung nafkah. Jangan pernah rasa kasihan. Cuma, berempati dengan rasa syukur. Jangan merungut atau bandingkan dengan cara hidup orang lain.
Tunggu Punya Segalanya Untuk DiUji
Lelaki, tak perlu tunggu punya segalanya pun untuk diuji. Saya jumpa ramai yang tak punya apa-apa pun ,masih pasang dua di belakang isteri. Kerja huru-hara pun, ada hati punya buah hati sana, sini.
Lelaki, masih ramai, walau punya duit berkepok, jika hatinya setia, tetap setia walau ribut badai melanda. Walau banyak dugaan dan godaan di luar sana. Kerana hatinya terikat pada yang satu selamanya.
Pokok pangkalnya hati dan iman. Dua-dua ni kita tak mampu kawal. Sebab yang mampu pegang dan ubah hanya Allah. Apa yang kita punya ini milik Allah. Anak, suami, keluarga, harta dan sebagainya. Cukup masa, ia akan kembali selayaknya mengikut yang Allah takdirkan.
Jalan Hidup Manusia
Jalan hidup tiap manusia tak sama. Tapi mengikut timbangan Allah yang Maha Adil. Ada diuji dengan sakit, dengan suami, dengan anak, dengan harta, dengan kesempitam hidup, dengan keluarga.
Bila difikirkan dan direnungkan. Dalam hidup, kita tak perlu kejar duit sangat pun. Tak perlu kejar kemewahan, kekayaan dan kedudukan. Kerana percayalah ia bersifat sementara.
Yang paling lama yang kita inginkan adalah ketenangan dan kebahagiaan jiwa. Dan inilah harta yang tak ternilai harganya.
Mingguan Wanita : Dalam hidup berumahtangga ada pasang surutnya, pelbagai ujian datang melanda. Usaha dan berdoalah pada yang Maha Berkuasa agar rumah tangga sentiasa bahagia dan selalu berada di bawah redha Allah.
Hidup berumahtangga tidaklah terlalu rumit. Namun sesetengah orang sengaja merumitkan dengan kerenah di luar kemampuan pasangan berfikir. Jika kita mampu menerima seadanya dan mengikut seperti diajarkan Rasulullah dalam alam rumahtangga, pasti setiap pasangan hidup bahagia.
Tahukah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang suami yang sangat mesra terhadap isteri-isterinya. Bahkan Nabi mendidik umat khususnya para suami agar sentiasa menyayangi dan berlaku baik kepada ahli keluarga khususnya kepada isteri.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap keluarga/isterinya. Dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri/keluargaku.” (HR Tirmidzi).
Satu perkongsian Tik Tok @khadijahnurasiyah menjadi impian banyak isteri apabila mereka memaparkan kehidupan berkasih sayang.
Dapat dilihat pasangan ini banyak mengamalkan sebahagian sunnah Rasulullah dalam kehidupan berumahtangga seperti makan sepiring, makan bersuap, meletakkan garam di lelangit sebelum menjamah makanan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan walau menu makanannya cukup simple iaitu tempe dan sambal.
Dapat dilihat isteri akan menuangkan air basuhan tangan dan diikuti suami memperlakukan isteri sama.
Jika kebanyakan dari kita makan sepinggan seorang, tapi pasangan ini mengamalkan makan sepiring berdua di mana isteri akan menyuapi suami dan suami juga menyuapi isteri dan masa yang sama menyuap anak kecil sesekali.
Ternyata hal sekecil-kecil ini yang sebenarnya mampu mempereratkan kasih sayang sesama suami isteri semakin menjauh hari ini sedangkan ia sebahagian dari sunnah Rasulullah.
Dalam memupuk kasih sayang sesama pasangan, antara sunnah Rasulullah ialah mengamalkan makan sepiring berdua.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata : Saya dahulu makan bubur bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. Bukhari)
Dari Aisyah radhiyallhu ‘anha, ia berkata : “Aku minum dari gelas yang sama (dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ) bahkan ketika haid lalu Nabi mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu Baginda minum.” (HR Abdurrazaq).
Demikian pula dalam riwayat imam Muslim Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah minum di gelas yang digunakan Aisyah dan Baginda juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.” (HR Muslim).
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Antara sunnah lain ialah suami menyuapi isteri
Dari Saad bin Abi Waqosh radhiyallahu ‘anhu berkata, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.“ (Mutafaqun ‘Alaih)
Apabila seorang isteri makan bersama suaminya dan suami menyuapi makanan tersebut ke mulut isterinya, nescaya ia akan mendapat pahala dan hal itu akan memperkukuh rasa kecintaan terhadap isterinya. Sesuatu yang tidak dinafikan, bahawa saling menyuapi dapat menguatkan jalinan kasih sayang antara suami dan isteri.
Percayalah walau lauknya tempe tapi kenyangnya sampai ke malam. Cubalah, jangan pernah malu untuk memulakan walau ia bukan kebiasaan kita. Tak salah mencuba dari tak buat langsung.
Kalau ikutkan, kita yang dah tua pun ngeri nak buang tonsil! Tetapi andai anak asyik demam dan sakit, apa pilihan yang ada?
Sebenarnya tonsil bagus untuk badan, itulah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kadang-kadang dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Lagi sedih bila anak demam, mak ayah kena hadap keadaan macam mana si kecil susah nak bernafas, siap berdengkur malah tidur pun kena bukak mulut.
Jadi patut ke anak yang ada masalah tonsil kena buat pembedahan? Jawapan ini ada dalam perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih kali ini, moga mak ayah dapat buat keputusan sebaiknya demi kesihatan anak-anak.
Patut Ke Buang Tonsil Anak?
Ramai antara kita yang tertanya-tanya apa keperluan untuk membuang tonsil? Perlu ke anak kita dibuang tonsil? Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke? Kalau dah dibuang, ada apa-apa risiko?
Semua persoalan-persoalan ini mesti ramai antara anda yang nak tahu jawapannya. Sebab anak-anak kita, kalau penyakit atau masalah diri sendiri biasanya kita tak kisah sangat. Segala yang melibatkan anak-anak ini yang selalu lebih membimbangkan ayah dan ibu. Betul?
Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ dengan beberapa sebab.
1. Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
2. Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
3. Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
4. Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
5. Dan beberapa sebab yang lain.
Apa komplikasi pembedahan yang akan dilakukan ini?
1. Pendarahan. Ini saya letak dalam poin nombor satu sebab risiko pendarahan adalah antara yang biasa boleh berlaku dalam pembedahan ini. Ia boleh berlaku semasa atau selepas pembedahan dilakukan.
2. Jangkitan kuman juga boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan. Sekiranya ia berlaku, pendarahan daripada kawasan pembedahan juga boleh berlaku.
3. Sakit. Ini bukanlah salah satu komplikasi yang nak saya sampaikan. Risiko sakit adalah perkara biasa sebenarnya yang boleh berlaku apabila kita menjalani apa-apa pembedahan. Istimewanya, pesakit yang menjalani pembedahan ‘tonsillectomy’ perlu mengunyah selepas pembedahan dilakukan bagi mengurangkan risiko pendarahan. Oleh itu sekiranya sakit dialami terlalu kuat, perlu beritahu doktor untuk ubat bagi mengurangkan sakit. Ramai yang datang semula berjumpa saya akibat pendarahan disebabkan pesakit tidak mulai makan atau mengunyah selepas pembedahan.
Jika anda ada sebarang masalah, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri yang hebat, di luar jadi wanita berkerjaya, di rumah juga cekap jalankan tanggungjawab suri. Dua-dua mempunyai tugas yang berbeza. Biarpun penat nak urus dua-dua amanah ini, wanita tak boleh sesuka hati ikut emosi negatif.
Mungkin kita beralasan, itu cara nak lepaskan tension. Tanpa sedar rupanya sikap kita itu suami tak berapa suka. Cuba perhati tanda-tanda di bawah ini dan perbaiki diri.
Rumah Berselerak
Seharian di tempat kerja, sudah tentu balik ke rumah untuk berehat. Kalau rumah berselerak, boleh jadi ‘jiwa kacau’. Tapi, janganlah biarkan rumah tidak berkemas dan bersepah sehingga berminggu-minggu tidak dikemas. Bukan saja kita yang pening, suami pun turut pening. Pinggan mangkuk dalam singki belum di cuci, lantai bilik mandi yang sudah berlumut, belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.
Anak Tidak Terurus
Memang bila ada anak kecil, kemas berjam-jam tetapi kalau nak buat bersepah cuma lima minit dah berselerak semula. Walaupun anak aktif dan saling ‘berperang’ sesama mereka tetapi janganlah biarkan anak-anak nampak comot dengan pakaian yang lusuh, dah tak ada coraknya dan lebih teruk pakaian senteng yang boleh dipakai oleh adiknya. Ada juga mak-mak yang biarkan anak comot dengan hidung berair tidak dibersihkan.
HP Kat Tangan Sambil Tengok TV
Tak salah untuk mak-mak rehatkan badan tapi kena tengoklah keadaannya. 24 jam depan televisyen dan tangan main hp sedangkan rumah berselerak, baju kotor bertimbun dan anak-anak dibiarkan bermain tanpa tentu arah.
Suami Tak Terjaga
Bila berkahwin, tentu yang cepat orang sekeliling perhatikan adalah penampilan suami. Kalau isteri cerewet tentang gaya suami, beruntunglah. Sebab sudah tentu suami mahukan isteri yang boleh jaga penampilannya. Tapi janganlah cerewet sampai semua ditetapkan oleh isteri.
Bila Suami Mula Berkata-kata
Bab ini memang suami dah tak boleh tahan dengan cara kita. Tahap kesabaran sudah hilang. Jangan sampai suami berbunyi tentang rumah berselerak, ‘awak ni malaslah’ dan sebagainya.
Ini bukan peringatan untuk isteri yang bekerja tetapi isteri yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa pun belum tentu seorang yang rajin. Jadi, berfikirlah secara telus kerana rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jadilah isteri yang rajin!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!