Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Sisa dapur yang ada jangan dibuang.Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik.
Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, tapi pokok payah nak subur boleh cuba siram ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
“Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik untuk semua pokok agar lebih subur & sihat. Guna sisa-sisa dapur ja yang kita tak masak, tak makan, busuk atau expired.”
“Kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain. Apa-apa pon boleh campur sekali yang penting organik.”
Untuk proses fermentasi yang lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria untuk membiak.
Lepas dah penuh campur semua kena tutup dengan kain ketat-ketat dan buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama dan dikacau.
Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
Untuk permulaan boleh campur apa yang ada dulu..contoh air basuhan beras + kulit bawang + gula..yang lain-lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yang ada nanti sampai la penuh.
Ingat yer 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru guna..tanda-tanda boleh guna kalau dah tak bau busuk. Bau dia macam tapai kira dah jadi la..boleh guna untuk siram atau sembur.
Booster organik untuk semua tanaman saya. Ni lah mikroorganisma lokal (MOL) & juga sebagai baja/pupuk organik cair (POC). Spora putih menandakan dah cukup matang dan adanya banyak bakteria/mikrob baik yang sangat aktif.
Siap dibancuh dengan air hujan untuk disiram ke tanaman. 1 mug booster + 1 baldi 15 liter air.
Silakan dicuba & share jika bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur cuba siram dengan ‘Booster’ Organik guna sisa-sisa dapur ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Pyan Sempoy