Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan pada persekolahan anak-anak. Ramai mak ayah yang risau dengan kesihatan anak-anak pada yang sama bimbang anak-anak ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa.
Meskipun ada khabar angin bahawa sesi persekolahan akan ditangguh lagi memandangkan kes harian covid-19 yang semakin meningkat, namun terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau kerana anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
IPT Seawal 1 Mac 2021
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
Ads
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Ads
Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
MW: Jadi mak ayah sila ambil perhatian takwim persekolahan anak-anak ini iya. Dah boleh buat persediaan sedikit demi sedikit untuk persekolahan anak-anak yang akan bermula akhir Januari nanti.
Temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang sedang berlangsung, pastinya meninggalkan insiden pahit buat Muhammad Ziyad Zolkefli dan negara susulan rayuan ditolak malah keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal.
Insiden ini pastinya memberikan satu tamparan besar, apatah lagi saat kemenangan telah berjaya dicapai, namun terlepas dari genggaman. Hasrat untuk mengharumkan nama negara dan menambah jumlah pingat lebur begitu sahaja.
Namun demikian, rakyat Malaysia tahu, atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli ialah juara sebenar dalam acara lontar peluru, dan pingat emasnya telah dirampas terang-terangan.
Pernah Ditarik Kemenangan Pingat Emas
Pernah berada dalam situasi yang sama, ditarik kemenangan pingat Emas, jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, benar-benar faham perasaan yang dialami oleh atlet tersebut. Azizulhasni menitipkan nasihat buat Muhammad Ziyad, menyatakan bahaw walaupun ia pahit untuk ditelan, ketentuan Qada dan Qadar Allah perlu diterima. Katanya lagi, Muhammad Ziyad tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus bergerak ke hadapan.
“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.
“Sememangnya sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini. Sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah di tarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.”katanya.
Realiti Dunia Sukan
Azizulhasni mengingatkan, apa yang terjadi merupakan realiti dalam dunia sukan di mana pelbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku.
“Kadangkala ia adalah kerana kesilapan kita, namun kadangkala pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini.
“Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” tambahnya.
Rayuan Ditolak
Awal pagi ini, rayuan Kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik Muhammad Ziyad telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM).
Kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Muhammad Ziyad.
Mingguan Wanita :Meskipun kemenangan telah dibatalkan namun jutaan tahniah buat Ziyad kerana berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru. Ternyata ia memerlukan kegigihan, usaha dan keupayaan luar biasa. Apa yang pasti Ziyad juara dihati rakyat Malaysia dan dunia.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bila masuk usia 30-an, metabolisme menjadi lebih lambat dari usia sebelumnya. Ya, mungkin pada usia 20-an, usaha diet anda dengan ‘pulaukan’ karbohidrat selama seminggu akan memberi berita gembira. Tetapi pada usia 30-an tulang dan otot akan melemah yang memberi kesan kepada metabolisme tubuh yang lebih lambat.
Namun jangan risau, sebab anda tetap boleh menghilangkan berat badan walau dengan cara yang agak lebih berat iaitu dengan melakukan latihan angkat berat. Atau pilihan lain adalah amalkan diet dan detox.
Ramai belum tahu perbezaan diet dan detox. Jangan seksa diri diet sampai tak makan pula, tak sayang diri sendiri ke? Nanti hilang lemak, penyakit pula yang menyinggah. Itu parah!
DIET
Pengawalan pengambilan makanan mengikut ukuran dan kandungan gizi tertentu bagi tujuan kesihatan atau pun penurunan berat badan. Tak kisah lah amal diet low carb, diet seimbang atau diet atkins, ini tetap sejenis diet. Pilihan di tangan anda yang penting kena ada ilmu dan coach yang guide atau nasihat dari doktor. Jangan main hentam, bahaya!
DETOKS
Proses mengeluarkan racun dari tubuh, membuang lebihan lemak degil dan meneutralkan asid dalam badan. Badan yang neutral akan menjaga tubuh untuk kekal sihat dan ideal.
Kenapa perlu DETOKS
1. Menyingkirkan kerak yang berselaput di dinding usus
2. Melancarkan aliran darah
3. Menyempurnakan penghadaman
4. Melawaskan pembuangan najis
Tip Kurus Usia 30-an
1. Tolong kurangkan makan nasi, satu senduk sudah cukup.
2. Banyakkan buah dan sayur, in shaa Allah kenyang.
3. Kena rajin senam, bukan semata-mata nak buang lemak tetapi nak halau penyakit.
4. Jangan ‘skip’ sarapan.
5. Elakkan tidur selepas makan.
6. Lagi mudah, amalkan kemas rumah setiap hari. Paling berkesan, mop lantai. Ini sangat membantu.
7. Banyakkan minum air putih, elok waktu pagi. Malam jangan minum banyak sangat, nanti urat kembang.
8. Amalkan minum air lemon, detoks paling jimat dan mudah.
9. Makan malam sebelum pukul 8.
10. Kena selitkan makan suplement atau jamu. Ini wajib!
Masih rasa berat untuk amalkan beberapa petua di atas? Nak cantik dan sihat kena usaha, janji encik Abang sayang lebih. Moga info ini bermanfaat buat pembaca yang ingin jaga kesihatan dan kecantikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu alami gangguan jiwa dipasung & ditinggalkan dalam hutan, meraung saat rantai di leher dibuka. Tega seorang anak memasung ibunya di leher dan meninggalkannya di hutan.
Kisah seorang ibu bernama Ani yang mengalami ganguan jiwa telah dipasung dan ditinggalkan di hutan menarik minat ramai hingga kisahnya menjadi viral di media sosial baru ini.
Dalam satu video dimuat naik di channel YouTube Asa, seorang sukarelawan bernama Andri telah menemui ibu berusia 50 tahun ini ditinggalkan dalam keadaan terikat di lehernya di daerah Serang, Banten. Hal ini nyata mengejutkan di mana satu usaha menyelamatkan ibu tua yang dibiarkan sendirian berhujan berpanas di selamatkan segera.
Dan reaksi ibu tua ini, sebaik rantai di lehernya dibuka kelihatan dirinya terus meraung kuat, seolah mengucapkan tanda syukur dibebaskan. Dalam video temuramah selepas dibebaskan, kelihatan ibu tua ini mampu bercerita dirinya merupakan seorang guru semasa muda.
Di sebalik kisah viral ini, ada kisah yang terjadi. Ibu tua ini terpaksa dipasung kerana sering mengamuk akibat masalah ganguan jiwa dialaminya. Bahkan kerana masalah itu, Ani sering mengacau orang kampung hingga semua sepakat mengurung dan merantainya bagi mengelakkan masalah berlanjutan.
Kata anaknya, dikenali sebagai Ismail dia tidak sanggup memasung ibunya tetapi terpaksa melakukannya bersama warga setempat agar ibunya tidak terus membahayakan penduduk kampung ketika mengamuk. Ini kerana ibunya sering membaling batu ke rumah penduduk kampung dan adakalanya mencederakan mereka.
Ibunya dipasung di dalam hutan selama 10 hari sebelum ditemui oleh sukarelawan itu. Kata anaknya, sebelum ini ibunya diikat kedua belah tangan dan ditinggalkan di rumah makciknya, Sopiah namun ibunya berjaya melarikan diri.
Atas desakan kehidupan kerana miskin, keluarga memutuskan tidak menghantar ibu sakit ini ke rumah perawatan kerana masalah kewangan bahkan lokasi pemasungan dipilih agar mudah ibunya mandi dan berehat.
Sekali pun hal ini tidak dapat diterima kerana anak dilihat berlaku zalim pada ibu yang melahirkannya sendiri namun Ismail akui dirinya tiada pilihan lain. Bahkan dirinya menyediakan makanan, gayung dan lain lagi bagi memudahkan ibunya mandi dan bergerak setempat.
Bahkan sebelum dipasung, di leher ibunya dipasangkan tiub motosikal bagi mengelakkan ibunya memberontak dan melukai lehernya sendiri. Kini selepas diselamatkan ibunya dihantar ke rumah rawatan sakit, Yayasan BNI Syifa untuk jagaan khusus.
Dirinya turut meminta maaf dan katanya dia tidak tega melihat keadaan ibunya namun dirinya tiada pilihan. Sumber :TribunNews.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...