Roti jika pandai diolah boleh dijadikan Pizza segera yang sangat sedap.Menu yang paling mudah nak buat dan anak-anak pun mesti suka.Tak perlu nak uli roti untuk buat base doh Pizza, sebaliknya gantikan dengan roti sahaja.Boleh bakar dalam oven malah nak guna dapur gas pun boleh.
“Pizza roti gardenia.Jom buat anak-anak mesti suka.”
Roti Potong Gardenia
Telur
Sos Tomato Prego
Sos Cili
*Lada Benggala
*Jejari Ketam
*Sosej
*Cendawan Butang
Keju Cheddar
Mayonis
Sos Keju Cheddar
*Bahan-bahan untuk topping mengikut pilihan masing-masing.
1. Potong roti dalam bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan telur.
2. Letak sedikit butter, tekan-tekan roti bagi rata pada loyang/ kuali leper dan buka api kecil bagi separuh masak.
3. Kemudian sapukan pizza base dengan sos kesukaan.
5. Ready untuk dibakar.Ikut suhu oven masing-masing ye.Kalau nak bakar guna dapur gas pun boleh.Guna pi perlahan.Tutupkan dengan tudung periuk.
Bakar sehingga masak. Siap!
Baca Lagi Di Sini:
‘Pizza’ Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!
MW:Anak-anak ada di rumah,boleh cuba resipi Pizza Roti Gardenia ni. Mudah dan sedap!
Sumber: Miz’s Shaliza