Rupanya nak buat pisang goreng jadi rangup, kena letak sesenduk marjerin panas dalam adunan tepung gandum.
Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai.Kebiasaannya, guna tepung beras sebagai bancuhan untuk jadikan pisang goreng tetap rangup walaupun dah sejuk.
Meskipun ada macam-macam resipi adunan tepung bancuhan pisang goreng, boleh cuba perkongsian resipi simple dari Nurulshifa Fadzil ini kongsikan. Memang mudah boleh gunakan tepung gandum juga.
Mesti Baca: Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!
Tepung Gandum
Air
Garam
Marjerin/mentega
1. Kacau rata tepung gandum, air dan garam. Jangan terlalu pekat atau cair.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega dalam minyak panas tadi.
Artikel Popular: RESIPI Pisang Goreng ‘Crunchy’ Tak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!
4. Selepas itu, ambil sesenduk minyak panas tadi dan masukkan dalam bancuhan adunan tepung tadi.Kacau sebati.
5. Masukkan pula pisang dalam bancuhan adunan tepung tadi.
6. Boleh goreng seperti biasa dalam minyak tadi.
7. Angkat pisang apabila warna keperangan.Siap!
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Buat Kek Pisang Gebu Cara Azlina Ina, Ikut Resipi Satu Persatu Memang JADI!
@cikvia_shifaUntuk anak-anak dara yang OTW nak jumpa mertua. Awak buatkan Pisang Goreng ni tau. Dijamin lain dari yang lain dan confirmed BF awak sebok nak masuk minang TERUS. TRUST ME 😍🥳💋♬ suara asli – rafaaldiansyah
Mingguan Wanita: Wah simple sangat bancuhan pisang goreng ni. Guna tepung gandum je pun boleh jadi rangup. Paling penting guna minyak/marjerin panas, campur dalam adunan sebelum digoreng.
Sumber: TikTok Nurulshifa Fadzil
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura