Makan

Pisang Goreng Rangup, Lembut & Rasa Lemak Manis, Masak Guna Air Fryer

Share

Pisang goreng selain sesuai digoreng, boleh juga dimasak menggunakan air fryer. Hasilnya pisang goreng ranggup di luar, lembut, lemak manis di dalam. Air fryer memang memudahkan urusan di dapur.

Pisang goreng bertambah sedap bila makan sambil cicah sambal kicap. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti. Jika hanya menggunakan salutan tepung sahaja, pisang goreng tidak menjadi rangup.

Pisang Goreng Rangup, Lembut & Rasa Lemak Manis

RESIPI PISANG GORENG

Bahan-bahan:

Pisang (resipi ini menggunakan pisang abu atau nama lainnya pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)

Masak Guna Air Fryer

Cara membuat:

  1. Kupas pisang yang ingin dimasak.

2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.

4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.

5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.

6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.

Sumber: Eniza M.Salim 

Baca artikel lain berkaitan: DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur, Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur

‘Pisang Goreng Kosong’, Resipi Mak Dulu-Dulu, Hasil Kebun Ayah Demi Besarkan Adik Beradik

Cara Buat Kek Pisang Bercheese Sedap, Gebu & Lembut Sangat!

 

Published by
Has