‘Pisang Goreng Kosong’, Resipi Mak Dulu-Dulu, Hasil Kebun Ayah Demi Besarkan Adik Beradik

Share

Resipi mak dulu-dulu, masak paling ringkas pun dah rasa sedap sangat. Kalau nak tiru mesti tak jadilah. Tak sama dengan air tangan mak-mak.

Lagi satu, kalau diingat resipi mak dulu-dulu, ia akan mengingatkan nostalgia zaman kita susah. Betapa strugglenya ayah cari rezeki untuk besarkan adik beradik kita.

Beza sungguh dengan anak zaman sekarang, minta saja terus mak ayah tunaikan. Bergantung pada kemampuan mak ayah juga.

Perkongsian daripada Habibah Husin, mungkin mengingatkan kita kepada nostalgia bersama mak ayah dan adik beradik kita dalam menjalani kehidupan dulu. Susah senang bersama demi kelangsungan hidup.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Istimewanya Roti Bakar Ala Kampung..” Air Tangan Ibu Paling Lazat! Kenyang Sampai Petang

Hari-hari Ibunya Bekalkan Makanan Tanpa Gagal, Roti Dan Buah Kegemaran Anak

Resipi Mak Dulu-Dulu, Nostalgia

Arwah abah dulu hanya menoreh getah, selain dari tu petang-petang abah akan ke kebun menanam pisang. Pisang nipah, tanduk, pisang nangka pisang rastali antara pisang yang abah tanam.

Saya, walaupun perempuan selalu ikut abah pegi kebun. Pisang yang abah tebang di susun atas para motor untuk dijual kepada peraih cina di kampung. Allahuakbar rindunya zaman kanak-kanak.

Setiap kali menebang pisang abah pasti akan bawa balik setandan dua untuk kami kat rumah. Kebiasaannya abah akan request goreng pisang kosong mcm ni.

Cara-cara:
1. Pisang nangka @ pisang nipah yang muda dibersihkan.

2. Potong nipis guna pisau (bukan guna penyagat).

3. Rendam dalam air garam selama 15 minit.

4. Goreng sampai kekuningan. Siap.

** Malam ni mak cakap lapar, jadi saya goreng pisang macam dulu-dulu mak pernah goreng untuk kami. Alhamdulillah banyak mak makan.

Abah, terima kasih kerana bekerja keras untuk besarkan kami adik beradik. Hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya… Alfatihah.

Mingguan Wanita : Kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sumber: Habibah Husin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora