Kecantikan

‘Piring Kecil, Lebihkan Ulam’ Ibu Anak Tiga Kongsi Tip Hidangan Sihat

Share

Ibu anak tiga ini, SCha EllCha Lee berkongsi tip hidangan sihat harian. Pemakanan sihat yang diamalkan sejak lapan tahun lalu.

Konsisten dengan amalan pemakanan sihat membolehkan beliau hilang 25 kilogram dalam masa 10 bulan. Dan mantain sehingga ke hari ini. Mak-mak boleh cuba diet suku suku separuh ini.

“Sebab selalu share resepi dan menu-menu diet harian, ramai pulak minta tips sekali. Ok saya share sikit tips saya loss 25kg+ dalam masa 10 bulan. Tapi ini progress dulu tau, Sebab sekarang masih maintain je. Dah 8 tahun lebih dah amal DSSS ni, Alhamdulillah masih Istiqomah hingga sekarang.

Tip Hidangan Sihat

Kalau suka tips saya boleh follow silakan. Semoga bermanfaat untuk semua.

1. Kurangkan garam, minyak dan gula. Kalau boleh elak, elakkan la ambil makanan bersodium tinggi, makanan tinggi gula, makanan process dan fast food.

2. Ambil makanan dari sumber-sumber semula jadi seperti ayam, ikan, telur, kekacang, sayur sayuran dan buah buahan.

3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Ambil Suku Suku Separuh. Suku Karbo (Nasi, Roti, Bihun), Suku Protein (Lauk Pauk), Separuh (Sayur sayuran).

4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam tangan sendiri sahaja.

Kena Lebihkan Sayuran

5. Lebihkan sayur sayuran. Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik untuk mengunyah. Baked kosong ambil 10-12 biji untuk sekali snacking. Atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.

6. Kurangkan ambil air manis-manis. Kalau boleh lupakan terus pun takpe air bergas atau berkarbonat tu. Banyakkan minum air kosong dan boleh ambil kopi kosong, fresh milk atau green tea kosong. Sedap.

7. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 5-6 kali sehari, Ikut keperluan badan saya pada hari-hari tertentu.

8. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, penat dan stress. Rehat kejap dan cepat-cepat baca balik kisah²-kisah kejayaan orang-orang yang dah berjaya! Kalau mereka boleh, takkan kita tak boleh kan? Follow orang-orang yang rajin share menu-menu dan tips-tips diet. Nak follow saya pun boleh. Hari-hari saya update menu-menu dan tips-tips diet InsyaALLAH. Hehe Kita support each other ok.

Usah Paksa Diri Nak Cepat Kurus

9. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, process penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, Kita nak gemuk pun makan masa bertahun tahun, takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar. Slow takpe janji konsisten.

10. Tidur mesti cukup 6-7 jam sehari. Tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan. Minum air putih sehingga urin anda berwarna jernih. Bila urin warna jernih InsyaALLAH badan kita cukup air.

11. Bersenam. Saya tak bersenam hari-hari. Hanya 2-5 kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan ok. Hehe Bersenam, Saya suka cardio. Tapi saya buat macam-macam senaman supaya tak bosan.

Baca sini : 30 menu diet isteri masak, suami hilang 15kg dalam 3 bulan

12. Menu-menu saya tak ada sebarang perasa tambahan

. Hanya menggunakan garam dan rempah ratus sahaja untuk memasak. U gaiss Boleh la tiruvasi menu-menu ni semua ikut keperluan badan masing-masing ok.

13. Saya suka sayur warna warni. Jadi piring saya memang akan penuh dengan sayur yang berwarna warni. Sayur selalu saya akan lebihkan ulam ulaman, jimat kalori. Dan piring saya ni kecil sahaja ya. Sebab tu nampak penuh.

Ehhh! Kata nak share sikit tips? Ni dah berbelas tips dah share ni. Haha

Ok lah. Ini tips dan cara saya tau. Saya just share apa yang saya amalkan sahaja. Nak follow boleh follow. Taknak follow terpulang. Semoga bermanfaat untuk semua ya.

#TipsByMamiScha

Sumber/Foto : SCha EllCha Lee

Published by
Netty Ah Hiyer