
Jika dekat rumah tu ada pintu almari jenis ‘sliding’ yang dah rosak, memang membuatkan kita rasa nak buang je. Bukan apa pintu almari jenis macam ni memang mudah rosak, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang suka main dekat pintu tu.Sebenarnya sebelum fikir nak buang tu, boleh baiki dulu sendiri dengan modal kurang dari RM2.00 je.
Baca perkongsian tip daripada Encik Nazmi Sakip ini sebagai rujukan;
D.I.Y modal kurang dari Rm2.00
“Semestinya pintu almari macam ini akan kerap rosak yang akan menyebabkan terus rasa nak buang. betul tak?
Nak tahu cara nak betulkan dengan cara yang mudah giler!!
1. Pergi ke hardware atau kedai eletrik untuk beli casing cable 1/2″. Ingat beli casing cable 1/2″, panjang dia dalam 6 kaki.
2. Rujuk pada gambar di bawah untuk letak dekat almari. Lagi mudah skrew kan casing tu. Dah siap!
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh & Jimat Kos
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila pintu almari rosak tu, tak perlulah nak buang. Baiki dulu ikut tip yang dikongsikan ini, modal tak sampai RM2 pun. Selamat almari.. boleh digunakan lagi dan jimat duit tak perlu beli almari baru.
Sumber: Nazmi Sakip
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

Isi Kandungan
ToggleKadang-kadang kita tidak menyangka bahan terpakai seperti tuala terpakai yang acapkali kita jadikan sebagai kain buruk dapat menjadi sesuatu yang bernilai. Bayangkan daripada sehelai tuala terpakai, dicelupkan di dalam simen serta dikeringkan. Cat mengikut kesukaan terus mampu menjadi pasu hiasan atau pasu tanaman.
Banyak masa terluang ketika PKP ini mungkin, mak ayah boleh mencuba diy yang dikonsgikan oleh Puan Hajah Rohida atau mesra dengan panggilan Cikgu Ida ini bersama keluarga tercinta:
JOM DIY GUBAHAN R&R PASU TUALA
Puan Hajah Rohida Hamzah merupakan Guru Akademik Subjek Seni Visual. Dia lebih dikenali dengan panggilan Jemariseni Cikgu Ida telah acap kali menjadi fasilitator beberapa penghasilan kraf dari bahan-bahan kitar semula terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam di luar Putrajaya.
Aktiviti kraf DIY ini telah dilaksanakan juga di sekolah terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam. Secara tidak langsung ianya dapat mengaplikasikan aktiviti 3R dalam kehidupan seharian iaitu menggunakan barangan terpakai sebagai bahan untuk dikitar semula dan menghasilkan sesuatu hasil yang sangat kreatif.
Dia menggunakan pasu DIY untuk jualan gubahan bunga yang telah sedia mendapat tempahan. Jom kita cuba buat sendiri Gubahan R&R Pasu Tuala yang ingin dikongsikan oleh Cikgu Ida, proses pembuatannya amat mudah dan murah.
Masa terluang terutama masa Perintah Kawalan Pergerakan dapat dimanfaatkan dengan hasilan kraf DIY bersama anak-anak.
ANGGARAN KOS
Bahan yang diperlukan amat murah dan mudah didapati. Kebetulan bahan telah disediakan sebelum PKP lagi.
- Tuala terpakai digunakan sebagai bahan utama
- Simen kelabu atau simen putih boleh dibeli di kedai hardware dengan harga lebih kurang RM 4 sekilo.
- Cat atau aerosol spray berharga RM 6 hingga RM 8 ikut jenama dan warna yang dipilih.
- Bunga orkid tiruan atau pokok hidup seperti kaktus dan lain-lain bahan gubahan.
PROSES:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah 1:
Sediakan simen dan tuala mengikut saiz pasu yang dikehendaki. Tuala perlu dilembabkan.
Langkah 2:
Bancuh simen dengan kadar sukatan satu cawan simen dan setengah cawan air di dalam baldi atau besen.
Celupkan tuala ke dalam simen cair dan pastikan simen meliputi keseluruhan tuala.
Langkah 3:
Letak tuala tadi di atas acuan pasu mengikut saiz tuala iaitu seperti di atas cawan plastik untuk saiz kecil.
Jika mahu saiz besar acuan boleh menggunakan, pasu plastik, baldi dan sebagainya yang bersesuaian dengan saiz tuala.
Buat kemasan kedutan tuala dan akhir sekali biarkan seharian supaya tuala kering.
Langkah 4:
Setelah kering, pasu tuala disapu cat undercoat putih atau spray mengikut warna yang disukai.
Langkah 5:
Gubah hiasan sama ada menggunakan bunga plastik atau pokok hidup seperti kaktus.
INFO MENARIK
- Bentuk pasu boleh dihasilkan mengikut kerativiti dengan menyediakan mold atau acuan seperti bentuk oval dari kertas keras.
- Selain itu pasu DIY juga boleh digunakan untuk menanam pokok hidup seperti pandan, bawang dan lain-lain.
- Hasil pasu DIY ini sebenarnya mampu menjana pendapatan bagi surirumah yang rajin menggubah bunga kerana dapat menjimatkan kos belian pasu malah hasil yang kreatif memang menarik minat penggemar gubahan hiasan.
MW: Rupa-rupanya tuala terpakai pun boleh dijadikan pasu hiasan atau pasu untuk menanam pokok tanaman. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Rel Penyangkut Baju Panjang 20 Kaki Kos Tak Sampai RM150, Jimat!

Isi Kandungan
ToggleJika dekat rumah tu almari selalu tak muat nak simpan baju-baju yang banyak, boleh buat sendiri penyangkut baju macam ni. Panjang 20 kaki, kos tak sampai RM150 pun memang jimat banyak.Malah memudahkan kerja, tak perlu nak lipat-lipat baju, sangkut je guna penyangkut baju.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Shamsul Hafizi ini.
DIY Rel Penyangkut Baju
Total panjang 20 kaki. 1 set 5 kaki.
Boleh dapat 4 set.
Kos Barang:
1.Shelf bracket 14″- x 6 pair = RM 99.00
2. Stainless Steel flat washer 6mm – x 40 pcs = RM8.00
3.Bolt & nut 3/16×1.1/2 – x 8 pcs = RM3.20
4.Skru = RM2
5.Skru plug = RM3
6.Batang silinder hollow aluminium 20kaki = RM32.50
Total = RM 147.70
*ni harga beli di hardware Sarawak, di semenanjung mungkin murah lagi.
Mula-mula buat melendut kat bahagian tengah bila letak baju banyak.
Improvise : tambah bracket kat bahagian tengah untuk elakkan batang hollow aluminium melendut.
Bahagian sambungan antara hollow aluminium dengan bracket. Tebuk guna drill mata besi.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!
DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!
MW:Kalau baju banyak kat rumah tu, tak muat nak simpan dalam almari boleh buat rel penyangkut baju ni. Tak payah susah-susah nak lipat bajut, sangkut je.
Sumber: Shamsul Hafizi
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Bahan Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak Di Rumah, Jimat Kos, Tahan Lama & Tanpa Bahan Pengawet!

Isi Kandungan
ToggleMusim cuti sekolah ni, selain bawa anak jalan-jalan, mak-mak mesti pening nak fikirkan aktiviti mereka ketika berada di rumah. Iyalah takkan nak bagi anak main gajet dan tengok tv je. Mesti kena cari satu aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak, kemahiran motor dan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan bermain playdoh.
Tapi jika nak jimat, mak mak boleh buat sendiri playdoh ini di rumah dengan anak-anak. Dijamin bebas tanpa bahan pengawet, tahan lama dan paling penting tidak berbahaya serta selamat untuk anak.
Berikut perkongsian cara buat playdoh oleh Puan Lieya Jais sebagai rujukan.
“Buat ibu-ibu yang nak cuba buat tanah liat versi sendiri, bolehla cuba ye. Kalau tak, boleh juga beli yang sedia ada kat kedaiii nunn…Playdoh ni asalnya idea dari seorang cikgu yang bagi ceramah masa orientasi Jehan hari tu. Terima kasih cikgu bagi resepi maveles ni…Maaf tak ingat namanya dan dari sekolah mana.”
MAGIKA 5 BAHAN, PLAYDOH KABOMMM!
Bahan-Bahan:
1 plastik tepung gandum (beli yang paling murah sekali)
1 cawan garam halus
1 cawan minyak masak
2 cawan air
Pewarna – gunakan pewarna makanan atau warna air.
Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan tadi dan uli sebati.
2. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan anda.
3. Tadaaaaa…dah siap. Tak nak main simpan dalam bekas kedap udara ye. Jangan biarkan diluar.
Selamat Mencuba!
Posted by Lieya Jais on Tuesday, 11 December 2018
Kebaikan:
1. Tiada bahan pengawet & tidak merbahaya buat kanak-kanak.
2. Garam bertindak sebagai anti kulat jadi ia tahan lama. (kalau tak silap 3 bulan).
3. Warna tidak akan luntur dan tangan juga tidak berminyak.
4. Kos yang sangat murah, berbaloi-baloi.
Semoga bermanfaat!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak penuhi aktiviti anak-anak cuti sekolah ni bolehlah cuba buat playdoh ni bersama mereka. Mesti seronok dan anak-anak pun mesti suka!
Sumber/Foto: Lieya Jais
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI