Bapa pilu peluk jenazah anak perempuan, kereta menjunam ke gaung. Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kehilangan anak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di jalan lama Raub-Bentong dekat jambatan besi pertama Tras di sini pada Selasa.
Dalam gambar dikongsi ini, bapa ini menangis sambil memangku jenazah anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi selepas terlibat dalam nahas tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :
– Jenazah Anak Ayu Raudhah Selamat Dikebumi “Baby Aisy Hanya Pinjaman Bila-Bila Masa Boleh Diambil”Tak Mampu RM500 Kos Pengebumian, 3 Hari Simpan Jenazah Anak Dalam Peti Mayat
Ibu Usung Jenazah Anak Dalam Senyuman, Bahagia Syahid Dalam Perjuangan Di Palestin
Kereta Dipandu Terjunam Masuk Gaung
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu bapa mangsa yang juga buruh ladang durian dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu berusia 30 tahun masih sedar dan telah membawa naik mangsa penumpang hadapan, seorang kanak-kanak perempuan iaitu anaknya sendiri yang tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE