Dilema para wanita setiap kali memilih busana digayakan pagi raya, pasti bikin pening kepala. Tolonglah mak-mak janganlah mencari busana raya di saat akhir dan akhirnya membeli sekadar ‘tangkap muat’. Pemilihan busana untuk digayakan pagi raya nanti biarlah sedap mata memandang.
Sementara masih awal lagi, sebelum Ramadan kunjung tiba pilihlah busana untuk digayakan pagi raya nanti biarlah sedap mata memandang. Dek kerana itu juga Isetan KLCC tampil mempersembahkan Neo Raya, sebuah koleksi kompilasi fesyen dan gaya hidup yang bersimfonikan tradisi dalam sentuhan serba baharu dan moden.
Bukan sekadar kempen, Neo Raya ialah satu revolusi fesyen yang mengangkat naratif kesegaran dan gaya yang berfikiran ke hadapan, berbanding dengan kempen tahun lalu yang bermotifkan flora.
Neo Raya merupakan sebuah lembaran fesyen baharu yang disulam dengan inovasi namun masih berteraskan bebenang tradisi. Untuk tahun 2024, terdapat lebih daripada 25 koleksi Hari Raya yang diketengahkan oleh rangkaian jenama hebat tempatan.
Bermula 1 Mac sehingga 14 April, bersedialah untuk terpesona dengan koleksi yang mampu mendefinisikan semula fesyen perayaan.
Kempen ini diserikan oleh barisan jenama-jenama terkenal yang berkembang seiring dengan keutuhan Isetan KLCC, termasuklah Naelofar, Ameera Zaini, Mimpi Kita, Larney, Rico Rinaldi, Variante, Tuan by Tengku Kery, NAWY, Petit Moi, Umbi Kids dan banyak lagi.
Setiap jenama unggul ini mengetengahkan koleksi Raya terkini dan eksklusif untuk wanita, jejaka dan tidak ketinggalan juga untuk si kecil.
Memandangkan permintaan terhadap pilihan baju Raya istimewa kekal tinggi saban tahun, Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC secara eksklusif membawa kembali jenama-jenama tamu yang sering menjadi kesukaan para pelanggan semasa kempen Raya berlangsung.
Antara jenama terbaik yang kembali memeriahkan kempen Neo Raya ialah PETRA, Fuzana Mokhtaza, KREE, Putih, Cakenis, Amber, NADA, Kissah, Eloque, Thea KL dan pelbagai lagi.
Pengurus Besar merangkap Pengarah Jualan dan Barang Dagangan Isetan KLCC, Kenishiro Asako, berharap agar padanan fesyen dan gastronomi serta tumpuan jenama tempatan terbaik sepanjang kempen Neo Raya berlangsung mampu menjadikan Isetan KLCC sebagai destinasi membeli-belah utama untuk seisi keluarga.
“Misi utama kami adalah untuk mengangkat Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC sebagai satu hub fesyen yang unggul melalui pilihan gaya yang pelbagai, lantas memberi satu definisi baharu kepada destinasi membeli-belah.
“Kempen Neo Raya 2024 merayakan warisan lampau yang diberi sentuhan kontemporari bagi memastikan setiap busana mencipta memori Raya yang terindah,” katanya.
Tahun ini, Isetan KLCC meneruskan kempen digital melalui media sosial dengan menampilkan enam ikon fesyen dan gaya hidup terkenal iaitu Izzue Islam, Dr. Say Shazril, Qalisha Ray, Fatin Noraisyah, Akhmal Hizzat dan Erin Adlina. Para pempengaruh ini bakal memberikan impak yang dinamik dalam menjayakan kempen Neo Raya ini.
Dirancang secara khusus untuk kempen tahun ini, para pengikut platform Instagram Isetan KLCC berpeluang untuk turut serta di dalam pertandingan tag dan menang Pertandingan Pengalaman Membeli-belah #NeoRaya bersama Izzue Islam di Isetan KLCC.
Terdapat lebih banyak acara promosi menarik menanti pelanggan Isetan KLCC semasa kempen ini berlangsung. Antaranya ialah Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di The Oriental Park, Isetan KLCC untuk 20 pelanggan Isetan KLCC dengan nilai pembelian tertinggi serta Peraduan Beli & Menang di mana pelanggan berpeluang memenangi SMEG Toaster bernilai RM1500 dengan pembelian minimum RM500 dan ke atas di Bahagian Jualan Pakaian Wanita.
Selain itu, pelanggan yang membelanjakan minimum RM800 secara keseluruhan pada hari yang sama akan menerima beg tote edisi terhad Isetan X Mimpi Kita sambil mereka juga boleh menebus sampul duit raya edisi khas Neo Raya. Semua promosi ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2024.
Baca Disini : 26 Selebriti, 100 Rekaan Koleksi Raya Pereka Fesyen Duo Terkemuka Ini Bakal Jadi Rebutan Para Peminat Raya Tahun Ini!
Sumber Foto : Isetan Kuala Lumpur
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?