
Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah suami, cukup memahami kaum isteri. Tengok isteri macam marah-marah dan diam, terus dibaginya ‘me time’ kepada isterinya yang telah banyak buat kerja seharian.
Nilai ‘me time’ bagi kaum mak-mak tak sama, ada yang dapat guling-guling kejap di rumah tanpa di ganggu pun dah OK. Dan ada yang nak ‘me time’ dengan cara keluar shopping bersama kawan-kawannya.
Terpulang.
Namun kali ini ada cara ‘me time’ yang lebih manis andai dipratik, cuma di rumah dan perlu dihayati. Jom godek perkongsian saudara Muhammad Ahmad…
Inilah ‘Me Time’ Yang Cukup Mudah Buat Isteri
‘Me time’ yang terbaik buat seorang isteri adalah dapat baca Al-Quran, zikir, solat tanpa gangguan dari suami dan anak-anak. Saya ambil peluang ini jaga anak sementara isteri habiskan amalan dia.
Prinsip saya. Untuk isteri taat suami, berusahalah agar isteri taat الله dan Rasul terlebih dahulu. Sibukkan isteri dengan amal ugama, bukan sibukkan mereka dengan drama TV dan jangan sibokkan mereka dengan kerja rumah yang takpernah habis.

Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat dari الله. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami, dari dia jugalah akan lahirnya anak yang soleh solehah.
Suami Kena Selalu DOA
Kita suami jangan lupa doa;
“ ya Allah jaga isteri saya, ampunilah dosa-dosa dia, jauhkankanlah dia dari fitnah akhir zaman, kurniakan dia syurga tanpa hisab…”
Hah, macam mana? Hakak-hakak nak pilih jalan ‘me time’ yang mana satu untuk tenangkan emosi yang penat? Moga pilihan itu terbaik dan membahagiakan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 6 Sebab Mak Ayah Perlu Bawa Anak-Anak Pergi Bercuti Sekurang-Kurangnya Setahun Sekali!

Isi Kandungan
ToggleRupanya bila bawa anak-anak pergi bercuti ke destinasi tertentu ada kelebihannya tersendiri yang boleh mempengaruhi perkembangan serta pembesaran mereka. Tak kira percutian di mana sahaja, sebagai mak ayah, mohon peruntukan masa dan asingkan sedikit bajet yang ada untuk tujuan ini, demi anak-anak walaupun hanya setahun sekali.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Zainurulazwa Zakaria ini.
Bawa anak dan keluarga pergi bercuti ni perlukan komitmen juga. Tambah anak kecil-kecil, renyah. Kalau bukan kaki jalan, memang konfem tak bawa anak berjalan.
Tapi sebolehnya, as parents perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least SETAHUN SEKALI. Jangan tak tahu, disamping erat hubungan keluarga, ada sebab santifik tau mengapa perlu bawa anak-anak anda bercuti!
6 Sebab Saintifik Mengapa Perlu Bawa Anak Bercuti
1. Dapat Mencipta Memori Indah Zaman Kanak-Kanak
Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.
Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin.Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.
2. Mengasah Kemahiran Berfikir Anak-Anak
Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak.
Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
3. Melahirkan Anak Ber’IQ’ Tinggi
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah.Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak.
Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.
4. Meningkatkan Kesihatan Fizikal Anak-Anak
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik.
Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat
5. Bantu Kurangkan Hyper Aktif
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau.Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus,buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum.
Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, Janda Baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.
6. Buat Anak Lebih Positif & Gembira
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes.
Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.

Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari. Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai:
“Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit.Dah ade duit sikit, masa pulak takde.Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”
Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!.
Buat mak ayah apa lagi, rancang percutian sebaikya dengan anak-anak.Waktu inilah saat meluangkan masa bersama-sama. Tak kira bercuti didalam negara mahupun luar negara, dekat mahupun jauh.Yang paling penting, anak-anak dapat kelebihan seperti yang dinyatakan ini.
Sumber:Zainurulazwa Zakaria
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Siti Sarah Terus Nikah Walau Kenal Sekejap, Rupanya Ini Kelebihan Shuib Yang Orang Ramai Tak Tahu

Isi Kandungan
ToggleRomantik dan tak pelik bila penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, nampak cukup bahagia dengan kehidupannya bersama pasangannya, Shuib. Sarah yang berkongsi menerusi Instagram detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib, membuatkan ramai netizen rasa terharu dan sebak.
Ikuti perkongsiannya…
Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah, itu lah jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi u job pun tak berapa nak ada. Kadang risau jugak tapi u bukan lelaki yang jenis tunggu job, ada je benda yang u nak buat untuk dapatkan rezeki. Ingt lagi u sanggup keje jual ayam percik kat baza Ramadan masa tu ramai yang cakap masa tu kenapa dia .?!?!?
Takkan kau nak kawin dengan Shuib??? Terus terang I tak de jawapan tuk itu.. cuma jawab dalam hati je la, yang tahu shuib tu aku ??? sampai ada yang kata shuib pakai ilmu guna-guna hahahahha..
Sekarang syukur Alhamdulillah… berkat hasil usaha u, org macam u ni Insyaallah rezeki banyak. Kerja tak mengelat… tak pandai curi tulang… tak suka burukkan orang… buat kerja bersungguh kalu tak tahu akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut)
Moga perkawinan kita ni diberkati dirahmati dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan… tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yang mendoakan kami… syukur syukur syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua.
Haaa… itu dari luahan daripada Siti Sarah, kita tengok pula sisi romantik si Shuib ni. Punyalah, bahagia! Elok sangat kaum lelaki menghargai isteri macam ni tau…
Video Kelakar Shuib
Itu baru sikit dia punya ayat, nak kongsi pula aksinya dengan si Sarah waktu di rumah. Siap diselit si comelnya… alahai… kelakar tapi serius nampak sangat Shuib ni penyayang orangnya.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Ok, romantik tak? Sebenarnya inilah konsep yang patut ada dalam perkahwinan, terima si dia seadanya dan doakan kejayaannya. In shaa Allah segalanya dipemudahkan dan Allah akan bagi satu demi satu. Sekarang hakak nak tanyang kasih sayang keluarga ni pula… jom tengok!
Ucapan Kelahiran Dari Seorang Suami BUat Isterinya
Bukan itu sahaja, Shuib ni suka mengusik Sarah dan ini ucapan comel buat isterinya…
Doa Yang Manis-manis
Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah! Aamiinn…
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidup Perlu Banyak Bersyukur, Jangan Berlawan Dengan Orang Hingga Terbeban Hutang

Isi Kandungan
ToggleSifir mudah dalam hidup, hidup ikut kemampuan diri bukannya mengukur hidup kita dengan orang lain. Tak perlulah membandingkan hidup mak ayah dengan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak duduk dalam “kasut” mereka.
Sebaiknya, belajarlah dan banyakkan bersyukur dengan setiap rezeki yang kita perolehi. Jangan sekali berlawan atau mengikut cara hidup orang sehingga kita terbeban hutang.
Ikuti perkongsian Nurul Haslinda ini dan fahami sebaiknya untuk kita belajar bersyukur:
Jangan berlawan dan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Bila kita tengok orang lain beli itu dan ini, kita pun kalut nak beli juga. Tengok orang tukar kereta baru kita pun hendak tukar kereta juga hinggakan ia membebankan kita.
Nak tukar boleh, tak salah tapi tengok atas kemampuan kita. Jangan tengok orang kita hendak lawan dan lebih dari orang lain padahal kita tak mampu sehinggakan kita terpaksa berhutang menyebabkan kita terbeban.
Sanggup Berhutang & Susahkan Orang
Yang paling teruk jika kita berhutang dengan orang lain sehinggakan menyusahkan orang yang memberi hutang kepada kita kerana kita buat-buat lupa nak bayar.
Lagi satu kita tengok orang lain selalu bercuti dalam atau luar negara. Kita pun nak sama. Itupun boleh tak kisah juga, tetapi tengok atas bajet kita.
Kalau tak mampu mahal, kita bercutilah ikut kemampuan kita yang penting ianya seronok dan memuaskan hati keluarga kita. Tak salah kita nak dapat semua itu tapi jangan sampai membebankan kita.
Malah sanggup berhutang dengan orang untuk memenuhi kehendak kita yang melampau-lampau. Sudah itu bila janji nak bayar tetapi tak bayar juga. Ada juga yang berjanji nak pinjam kejap saja, tapi bila tiba masa membayar terus hilang, tukar nombor telefon dan sebagainya.
Kita Yang Berhutang, Salahkan Pula Orang Lain
Asal hendak pinjam 3 hari jadi bertahun-tahun. Bahkan menjadikan si pemberi pinjam itu musuh pula. Itulah berlagak sangat hendak berlawan dengan orang sedangkan awak tak mampu.
Kita hidup ini kena banyak bersyukur. Syukur dengan apa yang ada. Jangan berlawan-lawan dengan orang. Biarlah orang itu nak beli apa pun, nak pakai apa pun kerana itu adalah kemampuan dia.
Kita kalau mampu boleh saja beli ikut bajet kita tak perlu mahal-mahal yang boleh menyusahkan kita. Kita semua berhak untuk ‘reward’ diri kita tapi tak perlu berlawan dengan orang dan niat untuk menunjuk.
Tuhan Pun Marah Si Penghutang
Tuhan pun marah dengan orang yang riak dan takbur. Maka ukurlah baju dibadan sendiri janganlah berlebih-lebih sehingga menjejaskan ekonomi kita. Satu lagi, kalau meminjam dan janji nak bayar, bayarlah cepat.
Kalau tak mampu nak bayar, jangan meminjam. Kerana kalau kita tak bayar hutang kita, mati nanti roh kita akan tergantung dan di dunia ini pula kita telah menyusahkan orang yang memberi kita pinjam.
Kasihan pada yang beri pinjam, dia bagi pinjam sebab kita janji nak bayar balik dalam masa terdekat tetapi kita tidak tunaikan. Kita tak tahu mungkin orang yang bagi pinjam duit itu sangat memerlukan duit.
Bila Berhutang Belajar Tanggungjawab
Jadi bertanggungjawablah kalau sudah tahu berhutang perlu ingat kena bayar. Jadi tak perlu nak ikut-ikut orang atau berlawan dengan orang kalau sampai meminjam.
Ada buat cara ada, tidak ada buat cara tidak ada wang. Doa banyak-banyak moga Allah bagi kita rezeki. Oleh itu, tak perlulah berlawan-lawan dengan orang lain. Ikutlah kemampuan kita kerana bila kita susah bukan ada yang menolong.

Bebas Hutang Hidup Lebih Tenang
Orang nak beli apa ke? Nak menunjuk ke? Biarlah. Abaikan. Itu rezeki dia dan dia mampu. Rezeki kita, insyallah ada juga nanti. Jika kita hidup dalam kesederhanaan, jiwa kita juga akan tenang malah kita juga bebas dari hutang.
Betul tak? Semoga Allah beri kita rezeki yang berkat, cukup dan dapat melangsaikan hutang-hutang kita. Ingat… Jangan berlawan-lawan atau membandingkan hidup kita dengan orang lain. Rezeki masing-masing.
Allah sudah tetapkan rezeki kita. Hendak rezeki lebih kenalah rajin usaha kalau gitu-gitu saja jangan pula berlagak melebihi kemampuan sendiri.
Jika meminjam dengan orang kena cepat-cepat bayar supaya ianya tidak menjadi beban dan permusuhan dengan pemberi hutang itu. Sedangkan hutang dengan bank pun kita takut dan bayar jadi hutang dengan orang pun kita kena paksa diri bayar walaupun sikit-sikit dan ansuran.
Baru hidup kita pun tenang. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datang daripada kelemahan kita sendiri.
MW: Hidup adalah pilihan. Jika mak, ayah memilih untuk mengikut orang hingga sanggup berhutang, terserah. Tetapi mana mungkin hidup tenang bila berhutang keliling pinggang. Renung-renungkan.
Sumber: Nurul Haslinda
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI