Sebut sahaja warna, maasing-masing tentu ada warna kegemaran dan kadang-kadang warna inilah yang akan digunakan untuk menghias rumah. Tahukah anda, warna ini sangat penting dalam menentukan keceriaan dan keharmonian rumah tangga.

Menurut pakar, Nor Hanita Mohd Shariff, Ketua Perunding Psikologi & Kaunseling, Pusat
Transformasi Kendiri, Personaliti & Imej@TWINsTALK Studio, Shah Alam, warna mampu
meningkatkan kualiti dan keharmonian kehidupan kita. Justeru itu, salah satu cara untuk
rumah tangga ceria dan harmoni adalah melalui ‘Warna’.

Daripada perspektif rumah tangga, warna dapat membangkitkan emosi kasih sayang, keyakinan, keberanian, ketabahan, imaginatif, bertimbang rasa, fokus, bekerjasama dan sebagainya, di mana penggunaan warna sebagai salah satu medium terapi rumah tangga yang dibuktikan melalui penentuan julat frekuensi yang diukur dalam bacaan nanometer dengan menggunakan spectrum analyser.

Beberapa fungsi warna yang boleh bantu dalam meningkatkan keharmonian rumah tangga:

Ads

MERAH

* warna merah mempunyai kadar frekuensi 730 -780 nanometer. Warna ini mampu merangsang otak manusia agar lebih bersemangat, berkeyakinan, optimis, berani menghadapi cabaran, kemampuan mempengaruhi, yakin mengambil risiko, menonjolkan diri dan lebih bersifat pemimpin.
* Hiaslah rumah dengan sedikit unsur warna merah seperti bunga, gambar, kusyen, alas meja dan lain-lain bagi membangkitkan mood atau semangat positif.

INGAT!, Janganlah dihiasi semua sudut dekorasi rumah dengan warna merah kerana sekiranya berlebihan warna merah ia berpotensi menjadikan seseorang agak angkuh, keras hati atau sensitif.

Ads

MERAH JAMBU

* Bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga, gunakan kreativiti diri untuk
dekorasi rumah dengan menggunakan warna merah jambu yakni frekuensinya ialah sama seperti
warna violet iaitu 308 nanometer – 409 nanometer.
* Hiasi ruang tamu atau bilik tidur dengan warna ini kerana ia boleh meningkatkan perasaan
positif yang membangkitkan keceriaan, kecintaan, menghargai orang lain, menenangkan
perasaan, riang, berkomunikasi secara berhemah, terbuka, tidak suka melengah-lengahkan
sesuatu perkara dan rajin menolong.

Ads

BIRU

* Warna biru boleh meningkatkan lagi komunikasi di rumah di mana frekuensinya ialah 490
nanometer – 544 nanometer. Warna biru lebih dikenali sebagai warna yang seimbang.
* Banyakkan warna biru dari segi berpakaian atau dekorasi di rumah untuk meningkatkan lagi elemen karisma dan ciri-ciri seorang pemimpin yang adil, stabil dan suka mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.

HIJAU

* Frekuensi warna hijau ialah 545 nanometer – 554 nanometer di mana penggunaan warna ini secara maksimum dapat meningkatkan ciri-ciri seorang yang bijaksana, bersyukur, pemurah, mengamalkan kesederhanaan, suka bekerjasama, seorang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu permasalahan, mempunyai sifat simpati dan penyerahan diri kepada Penciptanya.
* Warna hijau juga mampu mengurangkan stres dan mampu memberi ilham yang baik di samping mampu merehatkan kepada mata yang kepenatan. Bayangkan sekiranya di dalam rumah tangga, tiada langsung unsur hijau dalam dekorasi rumah, warna pakaian atau pemakanan seharian.

PUTIH

* Warna putih (frekuensi 0 nanometer – 279 nanometer) juga adalah yang sering dikaitkan
dengan sistem otak yakni kelenjar pineal sebagai kelenjar pertama yang terbentuk di dalam rahim semasa ibu melalui proses mengandung bayinya.
* Penggunaan warna putih dari segi pakaian atau dekorasi rumah boleh mencetuskan unsur spiritual yakni kelebihan mensyukuri nikmat kehidupan. Di samping itu, gelombang yang terdapat pada warna putih membolehkan merangsang ahli keluarga menjadi lebih tenang, bercita-cita tinggi, suka membantu orang lain, kuat berusaha, tabah menghadapi ujian, optimis, suka tepati janji dan mementingkan persaudaraan serta ketuhanan.

Pilih Warna Ini Untuk Aktiviti Harian

1. Warna Tema Baju

  • Menjadi trend dewasa ini iaitu keluarga akan memilih warna tema baju yang hendak dipakai sama ada semasa hari perayaan, kenduri, sukan, seminar, kursus dan lain-lain.
  • Warna tema ini secara tidak langsung akan mewujudkan semangat kekitaan atau bekerja secara berpasukan.
  • Semua ahli keluarga bersatu hati memakai pakaian mengikut tema warna yang telah ditentukan.

2. Warna Rumah

  • Pemilihan warna rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap warna menghasilkan gelombang yang berbeza. Seandainya terdapat ahli keluarga yang panas baran, maka kurangkanlah penggunaan warna merah dalam dekorasi rumah sebaliknya gunalah warna kasih sayang seperti merah jambu, biru, violet, hijau atau putih.

3. Warna Kereta

  • Pilihlah warna kereta yang bersesuaian dengan personaliti diri anda. Jika anda
    mementingkan gaya dan prestij, digalakkan menggunakan warna hitam. Jika mementingkan kedamaian dan keharmonian, pilih warna biru atau hijau. Jika suka kepada sesuatu yang lasak, maskulin atau energetic, pilih warna merah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI