Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

Dilema betul bila tiba bab mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bimbang tersalah pilih, boleh sebabkan kulit muka ‘breakout’, jadi jerawat atau kulit gatal-gatal.

Satu hal pula nak buat rawatan kulit muka. Sebelum salah pilih, sebaiknya fahamkan dulu cara pilih pencuci muka dengan betul. Tidaklah nanti asyik ‘try and error’ tukar-tukar pencuci muka semata mendapatkan yang sesuai.

MW bantu mudahkan anda mencari pencuci muka dengan betul. Jadi, taklah anda perlu membuat eksperimen pada kulit wajah sendiri kelak.

1. Pencuci Hendaklah Sesuai Dengan Kulit Dan Tak Mengeringkan

Kenali dulu jenis kulit muka anda sama ada jenis normal, berminyak, kering atau kombinasi. Pilihlah pencuci muka yang tak mengeringkan kulit. Paling penting, pencuci muka pilihan tak menghilangkan minyak semulajadi pada kulit wajah.

Bimbang, kulit wajah jadi lebih kering malah menyebabkan jerawat naik sedikit demi sedikit.

Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

2. Pencuci Yang Betul Akan Bersihkan Kotoran Dari Muka

Pernahkan anda rasa begini, selepas mencuci muka masih terasa sisa kotoran tak mahu tanggal dari kulit wajah. Bila wajah dibersihkan dengan toner, melekat kotoran degil dengan banyaknya. Itu tandanya pencuci muka anda tidak sesuai.

Bermakna pencuci muka anda tak bertindak membersih lebih jauh mendalam. Sebab itu kena cari pencuci muka yang membersih kulit wajah dengan baik walaupun ketika anda mengenakan solekan kalis air. Dalam masa yang sama memperbaiki kulit dan menyeimbangkan pH kulit wajah.

Ads

Rangkaian pencuci muka Neutrogena® Labs terdiri dari Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Make Up Remover, Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Gel Cleanser, Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Make Up Remover dan Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Gel Cleanser yang berkesan untuk membersih kulit wajah jauh lebih mendalam.

3. Pastikan Pencuci Membersih Hingga Liang Pori-pori

Cari pencuci muka yang ada fungsi ‘deep cleansing’ yang mana pencuci sebegini menghalang kulit wajah mengalami masalah pori-pori tersumbat. Lagi-lagi untuk anda yang kerap mengenakan solekan baik ke tempat kerja atau setiap kali keluar dari rumah.

Jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran yang memerangkap minyak pada kulit menyebabkan pertumbuhan jerawat. Pencuci yang membersihkan kulit wajah dengan lembut, tak mengeringkan apatah lagi menyebabkan iritasi kulit adalah pilihan yang terbaik.

Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

4. Tentunya Bahan Pencuci Bertindak Secara Lembut

Semakin usia bertambah, semakin sensitiflah kulit wajah seseorang. Lagi-lagi kulit wajah cepat bertindak balas dengan persekitarannya sama ada reaksi luaran atau dalaman.

Ads

Yang mana, kulit wajah mudah peka terhadap perubahan hormon, tabiat tidur yang berubah, gaya pemakanan, pemakaian solekan dan perubahan cuaca malah terdedah sinar UV.

Rangkaian pencuci Neutrogena® Lab sesuai untuk kulit wajah yang sentitif. Bahan pencucinya dihasilkan dengan teknologi pembersihan yang bertindak seperti magnet. Menarik segala kotoran, debu pencemaran yang halus malah lebihan minyak yang melekat pada wajah semasa anda mencuci muka tanpa menghapuskan minyak semulajadi pada kulit muka.

Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

5. Pencuci Yang Baik Mengekalkan Kelembapan Kulit

Formulasi terkini yang ada dalam rangkaian pencuci wajah Neutrogena® Lab ini juga dihasilkan sebagai pencuci yang berkesan membersihkan kotoran pada kulit muka secara mendalam. Dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit dan menyeimbangkan pH kulit.

Malah gabungan PHA + HA yang berupaya menyingkirkan kotoran di muka, dalam masa yang sama menghalang kehilangan lembapan pada kulit wajah sekaligus menyingkirkan sel kulit mati. Tak perlu lagi bimbang masalah iritasi pada kulit wajah.

Ads

Kulit pun jadi lebih segar dan sihat berseri. Paling penting, ‘glowing’ sepanjang hari.

Pilih Pencuci Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Sihat, Segar Lagi Glowing

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/myneutrogena/
Instagram : https://www.instagram.com/neutrogenamy/
Website : https://www.neutrogena.com.my/

Jika mahu mendapatkan rangkaian produk pencuci Neutrogena® Lab ini. Anda boleh buat belian secara online di Watson. Klik link ini :

Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® Labs Hydrating Micellar Make Up Remover
Neutrogena® Labs Clarifying Micellar Make Up Remover



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI