Pilih Nama Anak Terlalu Panjang, Mak Ayah Berdepan Masalah Dapatkan Sijil Kelahiran

Share

Inilah masalahnya apabila pilih nama anak terlalu panjang, mak ayah berdepan masalah dapatkan sijil kelahiran.

Sesungguhnya nama adalah doa. Justeru, mak ayah sebaiknya bertanggungjawab memberikan nama yang baik serta mambawa makna yang elok untuk bayi yang dilahirkan.

Pilih Nama Anak Terlalu Panjang

Begitu juga dengan pasangan ini. Suami isteri di Jawa Timur memilih nama yang baik buat cahaya mata mereka bagaimanapun ia terlalu panjang sehingga berhadapan masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.

Tidak seperti kebanyakan nama yang panjang hanya terdiri atas kombinasi tiga hingga empat perkataan sahaja, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah memilih nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta buat anak lelaki mereka yang terdiri daripada 19 perkataan dan 115 huruf.

Baca Juga Di Sini:

Lepas 7 Hari Bersalin Izreen Kongsi Nama Anak Ketiga “Ali Idrees Muhammad Radzi. Panggil Baby Ali”

Nur Latifah Cherdiq Hanania, Indahnya Nama Anak Keenam Johan & Ozlynn “7 Tahun Simpan, Akhirnya Dapat Kepada Pemilik Sebenar”

Sebutlah Nama ANAK Dalam Doa IBU, Jalan Singkat Untuknya Peroleh Bahagia DUNIA AKHIRAT

Mak Ayah Berdepan Masalah

Kata Arif, nama yang dipilih untuk membawa makna adalah berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam. Ia dipilih hasil perbincangan saudara mereka yang juga seorang budayawan, Mujoko Zahid.

Berhadapan dengan masalah dokumen rasmi kelahiran, menurut laporan Detik, pasangan itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Berdepan Masalah Dapatkan Sijil Kelahiran

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menyarankan agar pasangan berkenaan memendekkan nama anak mereka, lapor Kompas.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa yang menolak permohonan dokumentasi pasangan itu kerana had jumlah abjad yang dibenarkan ialah 55 abjad iaitu separuh daripada nama kanak-kanak yang mesra dipanggil Cordo itu.

55 karakter tersebut ialah termasuk huruf dan jarak.

Antara nama yang menjadi nama terpanjang di dunia ialah Willow Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Taylor-Brown.

Gadis itu berusia 13 itu berasal dari England memiliki nama tengah sebanyak 25 perkataan.

Mingguan Wanita : Setiap mak ayah berhak memilih nama terbaik untuk anak-anak. Namun fikirlah secara waras agar tidak mendatangkan masalah kepada mereka atau kepada anak itu sendiri. Renung-renungkan.

Sumber: Sinar Plus / Detik, Kompas

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat