Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mak-mak yang masih belum bersedia nak menerima anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk elak daripada hamil dalam masa terdekat. Tetapi kalau ada golongan perempuan yang belum berumah tangga ambil pil perancang, ceritanya jadi macam mana, ya?
Ok sebenarnya ada ilmu berkait dengan pil perancang yang mungkin kita tak tahu, untuk lebih jelas baca perkongsian Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini…
Secara ringkas dan tak menulis karangan panjang, aku ingin beritahu bahawa PIL PERANCANG ADA LAIN KEGUNAANNYA, SELAIN UTK MERANCANG. Orang putih kata ” Non- contraceptive uses of oral contraceptive pills ”
Ads
Jadinya stigma seperti ” Orang belum kahwin pun dah makan pil perancang…apa nak jadi “…atau ” Budak sekolah pun dah makan pil perancang ! ” ..perlu lah kita buang jauh jauh ke dalam lombong.
Kegunaan lain pil peracang ialah:
Ads
1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yg teruk / PMS.
2- Untuk mengawal haid yg heavy bleeding / haid yg panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yg tunggang langgang
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal
Ads
Sebab pil perancang ni ada hormon dan cara ia berfungsi dengan mengawal atur hormon perempuan, maka tak boleh nak bagi satu nasihat menyeluruh /general advise kepada satu satu pertanyaan. Each individual tu unik.
Jadi kalau anda nak ambil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda..kena bincang face to face, dan kalau perlu buat test (seperti ujian darah & ultrasound sistem peranakan).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat para suami, luangkanlah masa romantik bersama isteri. Biasanya isteri tak minta lama pun masa suami, cukup sekadar dapat beri perhatian dan layanan kepada isteri atau sekadar ‘meminjamkan’ telinga.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta dan belum kahwin. Layan apa yang diinginkan oleh pasangan demi untuk menggembirakannya. Boleh dikatakan lautan api pun sanggup direnang.
Itu sebelum kahwin, selepas kahwin, masa romantik pun terus hilang. Suami sibuk dengan kerja, isteri pula dengan anak-anak dan kerja rumah. Tiada langsung masa untuk ‘we time’ berdua.
Suami Luangkan Masa Romantik Dengan Isteri
Sebenarnya, tak perlu lama pun masa romantik suami isteri sehari-hari. Cukup dengan hanya 15 mnit saja layankan dan beri perhatian pada isteri. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asmak Husin agar rumah tangga kekal bahagia.
Masa Romantik Hanya 15 Minit
Isteri tidak minta banyak. 15 minit perhatian suami sudah cukup. Apa salahnya letak telefon sekejap, beri perhatian, layan dan bergurau dengan isteri sekejap.
Jadi isteri ini kadang-kadang melelahkan. Tapi semua keletihan akan hilang kalau suami beri perhatian.
Hanya Perlukan 15 Minit Perhatian & Layanan
15 minit cukuplah terutama waktu yang sibuk
Saya pun sama, walaupun orang nampak macam iron lady, tapi tetap ada jiwa yang tersembunyi dan kita hanya sudi berkongsi dengan suami tersayang.
Carilah masa walau 15 minit berharga
Miliki Keluarga Bahagia
“Ustazah saya berimpian untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia”
Jawab saya,
Bahagia ini milik Allah.
Semua orang impikan sebuah rumah tangga yang bahagia. Tidak kira tua atau muda.
Sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin.
Sepanjang 20 tahun saya menguruskan isu keluarga, terlampau banyak masalah yang saya jumpa.
Sumber Keberkatan Keluarga
Ada masalah keluarga yang sudah tidak mampu diselamatkan kerana terlalu rumit. Akhirnya penceraianya satu-satunya solusi.
Apabila berfikir sejenak saya sedar untuk selamatkan sebuah keluarga mesti bermula daripada usia mereka yang masih muda. Di waktu mereka masih belum berkahwin perlu diajar sumber² keberkatan sebuah keluarga.
Mereka ini perlu diajar kesan hubungan yang tiada batas pada sebuah perkahwinan yang bakal dibina.
Mereka impikan perkahwinan bahagia tetapi keluar dating berduaan seperti sudah kahwin.
Impikan keluarga bahagia tetapi video call seperti sudah halal.
Saya selalu pesan kepada mereka, awak nak berkahwin bukan setahun dua, tapi hingga ke syurga.
Sumber keberkatan keluarga kena jaga betul-betul.
Sebagai seorang isteri dan ibu, nasihat yang terbesar dan terpenting untuk anak-anak muda tolong jaga hubungan sebelum berkahwin. Mungkin hari ini seronok dating, berduaan.
Keseronokan hari ini sekejap sahaja. Lawan sekejap nafsu. Fokus kepada menjaga batas perhubungan jika mahu zuriat dan keluarga yang baik.
Alahai! Sweet betul baca perkongsian suami ini. Dalam pada duduk depan kedai kopi dekat negara Vietnam pun masih sempat lagi nak alirkan perasaan sayang pada isteri.
Ceritanya, Muhammad Yusof ini semasa temankan isteri ke kedai tudung di Vietnam, Allah nampakkan padanya gelagat isteri yang merajuk dengan suami yang macam tak nak faham pilihan telekung isteri.
Dah Tunjuk Macam-macam Telekung Pilihan, Suami Tetap Geleng Tak Suka
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu.
Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung.
Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan.
Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia.
Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Sweet Betul Cara Pakcik Ini Pujuk Isteri Yang Merajuk
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu.
Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong.
Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
Nota kaki: dengar cerita ada sis-sis yang buat-buat merajuk lepas tu share status ni, terus suami beli hadiah bagi kat depa, betul ka?
Siapa pun apabila terlalu lama duduk rumah, tidak boleh keluar jalan-jalan macam sebelum-sebelumnya. Boleh jadi stress emosi. Wanita ini pilih bersahabat dengan alam untuk redakan perasaan sedemikian.
Bagi Firda Ashaary, dia ada cara tersendiri. Akuinya, bersabahat dengan alam membuatkan hati jadi lebih tenang.
“Bila berkurung terlalu lama, ramai yang kemurungan dan stres. Selain berzikir, cubalah bersahabat dengan alam. Jiwa pasti tenang.” Kongsinya dengan Mingguan Wanita.
“Aku ada ni.
Korang janganlah risau sangat kalau aku tak reply komen tu.
Aku selamat.
Walau EncikHulubalang cuti semalam dan hari ni, tapi tak mengapa.
Aku dah hapuskan bahan bukti minggu ni.
Minggu depan cerita lain.
Korang,
Kalau rasa semak, serabut, murung atau stres berterusan. Buntu hinggakan dah tak tahu nak rawat macam mana.
Sudah-sudahlah mencari ketenangan dengan berkawan dengan manusia. Berhenti sekejap mencari teman.
Selain dari tingkatkan amalan harian dan berzikir.
Cuba korang bawak-bawak berkawan dengan alam. InshaAllah kau pasti tenang setenang tenangnya.
Tenang yang sukar nak dijelaskan.
Tenang yang payah nak digambarkan.
Tenang yang kau takkan jumpa dalam dunia tipu-tipuan ni atau dalam hubungan sesama manusia.
Tenang yang sangat mendamaikan, malah begitu mengasyikkan.
Tenang yang mendekatkan kau pada Sang Pencipta.
Tenang yang buat kau sentiasa mengagumi setiap seinci ciptaanNya.
Tenang yang buat kau lebih mengenali erti kesabaran dan kebesaranNya.
Tenang yang buat kau hanyut dengan keindahannya dan tak lagi peduli pada hiruk pikuk dunia luar.
Tenang yang akhirnya perlahan-lahan membuatkan kau berdamai dengan hati sendiri.
Allahu.
Aku sendiri dah temui ‘ketenangan’ tu, selepas ‘berkawan baik’ dengan alam.
Sebab tu korang tengok aku mampu gelak, mampu bergurau, ketawa bagai. Seolah tak terkesan apa-apa walau haritu burnt out gila aku dengan pkp kali ni. Tepu.
Jom lah weii, sama-sama.
“Tenang is good,” bak kata BrownEyesBrader.
#SuffianSuffiya
Senyum itu kekuatanku, ketawa tu hobi aku!
Mingguan Wanita : Tak rugi sebenarnya bersahabat dengan alam ini. Nanti dengan sendirinya aura positif itu terbit dalam diri.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.