Rasanya, bila ‘main’ dengan lada atau cili terutamanya semasa dalam proses menyediakan bahan memasak. Lepas tu, mulaha tangan terasa panas semacam. Kalau dibasuh makin rasa pijarnya. Sampai tak tahulah macam mana nak buat untuk hilangkan pijar tangan.
Ada macam-macam petua yang digunakan untuk hilangkan rasa pijar tangan. Sesetengah orang sapu cuka dan biarkan, ada ula yang rendam dalam air sejuk dan pelbagai cara lagi. Hasilnya tetap sama. Lama-kelamaan, kita biarkan saja rasa pijar itu hilang dengan sendirinya.
Kali ini, ada cara mudah dan terus hilang rasa pijar itu. Perkongsian daripada Rafiza Idayu ini boleh membantu mak-mak yang rajin ‘duduk’ di dapur dan kerap gunakan cili atau lada.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kunyah TERUNG Seminit, Petua Berkesan Hilangkan BAU MULUT Lepas Makan Petai!
Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat
Info Lagi Menarik DI SINI
Dibuktikan Oleh Sains
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan-makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi, macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan itu hilang.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi, saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Sumber: Rafiza Idayu
Ini pula yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan. Antara petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air, merendam/ meramas tangan dalam beras, minyak masak, garam, losyen, sapu ubat gigi, rendam dalam air berais batu, cuci dengan lemon, rendam dalam air suam, ramas dengan hampas kelapa, basuh dengan sabun mandi, gentel dengan garam atau gula, sapu minyak dan diang tepi api (bukan salai ya), rendam air garam, ramas dengan daun jambu, pegang sudu besi, ada yang biarkan saja dan ada yang elakkan pijar terus.
Punca rasa pijar disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semula jadi di dalam cili iaitu capsaicin. Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut. Memahami sifat kimia capsaicin sangat penting kerana ianya akan membantu dalam menerangkan sama ada petua-petua di atas sesuai atau tidak untuk digunakan.
Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basic. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya berubah kutub (polarisation), lalu bersifat acidic
Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar atau orang Putih panggil “burning sensation”.
Setelah mengetahui sifat bahan kimia penyebab rasa pijar aka pedas iaitu capsaicin, maka boleh lah kita menganalisa kebersandaran kepada petua-petua tadi yang sepatutnya memisahkan capsaicin dari tisu kulit:
1) melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like) – Cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Kemudiannya mencuci dengan sabun.
2) Menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air – Mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.
3) Geseran kasar – Ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.
4) Merencatkan deria rasa panas – Rendamkan tangan dalam air berais.
5) Meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan – Rendam air suam dan diang tepi api.
6) Placebo – Pegang sudu dan abaikan saja.
7) Menghindarkan daripada punca pijar – Harus diingat, tahap pijar setiap individu adalah berbeza mengikut sensitivi kulit masing-masing. Maka, bolehlah anda mencuba mana-mana petua-petua yang bersesuaian. Jika kena dengan caranya, pasti menjadi!
Semoga bermanfaat!
MW: Lepas ini tak perlu risau dah kalu tangan ijar. Guna bahan-bahan nie terus hilang.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia