Sempena ulang tahun harijadi pelakon Ayu Raudah,38 pada 7 Disember hari ini, Zaquan Adha Abdul Radzak,36 ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tersayang.
Ucapan manis tersebut dikongsikan disamping video gambar-gambar isteri tersayang di laman Instagram Zaquan Adha sendiri.
“Selamat Hari Jadi Sayangku”
“I doakan Allah makbulkan segala doa you. You seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you..I love you till jannah sayangku.” jelasnya.
Ads
Ujian Kehamilan (UPT Test) positif
Namun perkara yang paling mencuri tumpuan apabila Ketua pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) ini turut berkongsi keputusan ujian kehamilan (UPT Test) positif. Sekaligus, memberi bayangan Ayu Raudah kini hamil anak ke-6 mereka.
“Pic last tu hadiah I yang tak seberapa untuk you,”
Murah rezeki pasangan ini dikurniakan anak-anak yang ramai. Memang meriah. Ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan tumpang gembira, akan berita yang dikongsikan tersebut.
Ads
Pasangan bahagia ini berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel,2.
Datuk Aznil selesa menjadi bapa tunggal. Luahan pemilik nama sebenar Datuk Aznil Haji Nawawi atau selesa dengan sapaan Pak Nil ini semememangnya menampakkan dirinya seolah sudah terbiasa dengan ketentuan dari Allah SWT tentang dirinya sebagai bapa tunggal.
Malah tanpa insan yang bernama isteri disisi bukanlah satu keutamaan dalam kehidupannya. Meneruskan kehidupan dan survival bapa kepada tiga orang anak ini meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat sebagai perkara pertama.
Datuk Aznil Selesa Menjadi Bapa Tunggal
Seperti yang diketahui, selebriti popular yang kini menginjak usia 60 tahun ini punya prinsip tersendiri dengan memilih untuk menjaga privasi anaknya. Permata hati Fildza Haifa, Fariq Haizen, dan Firdaus Hariz masing-masing sudah dewasa.
Malah akui Pak Nil anak-anaknya juga tidak pernah bertanya soal jodoh.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh.
“Mereka pun tahu dan selalu nampak papa asyik sibuk tak habis habis.
“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” terang Pak Nil.
Didik Anak Hormat Orang Tua
Malah Pak Nil juga menerangkan dia turut mendidik anak-anaknya agar sentiasa menghormati orang tua dan perlu pandai membuat keputusan sendiri.
“Saya didik mereka untuk hormat orang tua. Saya juga ajar mereka untuk sentiasa kena pandai buat keputusan sendiri dengan betul.
“Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza. Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui. Begitulah sebaliknya.
“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” sambungnya.
Kena Belajar Memasak
Duta produk jenama Nakada ini juga memberitahu kehidupan sebagai bapa tunggal juga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun perlu belajar memasak.
“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas.
“Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.
“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,” terang Pak Nil lagi.
Bergelar ibu tunggal, namun Ziana Zain tetap ajar anak wajib hormati bapa mereka. Penyanyi tersohor tanahair, Ziana Zain seperti mana diketahui umum kini hidup solo dan bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya, Armin Zaharin.
Menerusi perkahwinan dengan bekas suaminya itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, 23; Muhammad Ammar, 21; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 14.
Walau sudah lima tahun berpisah namun Ziana tidak pernah memutuskan hubungan anak-anak dengan bekas suami. Malaha anak-anak juga masih saling menghubungi serta berjumpa apabila ada kelapangan masa.
“Saya juga selalu bertanya dan mengingatkan anak-anak supaya menghubungi bapa mereka untuk bertanya khabar.
“Apa yang berlaku antara kami dalam perhubungan, tidak ada kena-mengena dengan anak-anak.
“Jadi, anak-anak saya tetap wajib menghormati bapa mereka.
“Saya pun ada ibu bapa dan berdosa besar kalau putuskan hubungan bapa dengan anak. Biar semuanya berjalan baik,” ungkapnya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Malah dirinya juga tidak mahu anaknya bersikap derhaka terhadap bapa mereka.
“Saya tak mahu anak-anak derhaka pada bapa mereka. Jadi, selama ini saya tidak pernah halang pertemuan anak dengan bekas suami,” sambung Ziana.
Tak Fikir Pasal Jodoh
Berkongsi kisah tentang jodoh, Ziana akui kini selesa hidup sebagai ibu tunggal.
“Sejujurnya saya seronok menjalani kehidupan solo ini. Lagipun hidup saya sudah lengkap bersama anak-anak.
“Tak terfikir pun nak kahwin lagi.
“Cuma tak mahu cakap besar sebab urusan jodoh ini ketentuan Yang Esa. Saya tidak tahu apa yang Allah sudah aturkan untuk saya ke depannya,” luah Ziana yang bersyukur dengan kehidupannya yang bahagia saat ini.
Macam-macam hal kalau sebut pasal Tupperware. Biarlah mak hilang baju, kasut tapi jangan sesekali hilang Tupperware. Meroyannya nanti lain macam.
Inilah yang jadi, bila mana ibu ini, Novelis Suci Hidayat secara tiba-tiba diserang ‘jiran’ katil sebelah dalam bilik wad. Dia dituduh mencuri Tupperware miliknya. Sampailah kebenaran akhirnya terbukti.
Tragedi Hilang Tupperware Dalam Bilik Wad
Dah 4 hari aku check in Hotel Hospital ni temankan anak aku yang sakit.
Entah bila boleh balik aku pun tak tau.
Jiran sebelah silih berganti.
Hari ni orang lain.
Esok pula orang lain.
Ralit aku perhati jiran baru.
Baru je check in.
Entah sakit apa anak dia aku tak pasti.
Dan taklah aku sibuk nak bertanya dalam keadaan sibuk macam tu.
Biarlah dia uruskan anak dia.
Eh…
Anak aku gelisah pulak.
Cepat-cepat aku cari botol susu nak bancuh susu.
Alamak.
Air masak pula habis.
Tak bertangguh aku capai botol Tupperware Pink Limited Edition menuju pantry wad.
On the way ke pantry aku rasa ada orang di belakang aku.
Yang mengikut aku sejak di cubicle.
Ahhh… malas nak peduli.
Karang anak aku nangis kalau aku lambat.
Tak tunggu lagi, aku buka penutup botol Tupperware.
Menadah air masak.
Dan tiba-tiba, jiran baru aku tadi terpacak sebelah aku.
Jiran : Hei! Tak malu ke?! Aku : (?????? Pehal lak ni?)
Jiran : Tak malu ke botol Tupperware orang pun nak ambil?!!! (Terjerit-jerit) Aku : (eh? Alamak… bukan botol aku ke ni? Goyang jugak aku. Terambil botol dia ke? Aku cuba ingat balik sebelum aku keluar dari cubicle tadi)
Tiba-tiba suami jiran tu datang.
Ni Ha.. Miskin Sangat Sampai Curi Botol Tupperware Kita
Suami jiran : Kenapa ni yang? Bising-bising ni? (Satu wad boleh dengar suara bini dia) Jiran : Ni ha! Miskin sangat sampai curi botol Tupperware kita!
Suami Jiran : Botol kita? (Pandang botol yang ada kat tangan aku) Eh… kita mana ada botol macam ni. Jiran : Ada! Abang mana tau! Saya baru beli! Saya baru nak rasa! Mahal tau tak?!!!
Dan aku masih kelu.
Nak cakap sepatah pun tak mampu.
Takut dan malu.
Betul ke aku terambil botol dia?
Walaupun dah 4 hari aku dekat sini, goyah juga keyakinan aku bila jiran aku ni terlampau yakin kompiden nak mampus yang botol dekat tangan aku ni dia yang punya.
Tiba-tiba misi datang…
Misi : Eh… kenapa bising-bising ni? Jiran : Ni ha! Tak padan dengan anak sakit! Mencuri! Miskin sangat agaknya!
Wah wah wahhh tingginya hidung kau kak.
Misi : (Misi kerut dahi) Curi apa? Jiran : Ni saya punya botol Tupperware!
Misi : Betul ke dia curi? Dia dah 4 hari sini. Memang botol tulah dia dok usung ke sana sini. Puan baru je masuk kan? Jiran : Tak! Ini memang botol Tupperware saya! Botol Tupperware saya hilang!
Aku masih lagi diam.
Confuse.
Terkejut tiba-tiba kena serang macam tu.
Misi Siasatan Misteri Kehilangan Botol Tupperware Bermula
Misi : Macam nilah. Meh kita cari dulu. Jiran : Tak payah! Ni memang botol saya!
Misi : Jom-jom. Kita cari dulu. (Misi pujuk lembut)
Beriringan kami ke cubicle demi misi menyiasat misteri kehilangan botol Tupperware.
Cari punya cari punya cari punya cari…
Akhirnyaaa…
Botol Tupperware milik jiran elok tersembunyi dalam beg tangan dia.
Muka pucat lesi.
Nak minta maaf macam ada rimau duduk tengah tekak.
Aku : Hah? Sekarang siapa yang malu?
Aku tunggu gakla kalau dia nak minta maafkan.
Nan hado!
Dan aku terus blah sambung isi air nak buat susu anak aku.
Misi lain menyampuk.
Misi Lain : Apahal bising-bising tu? Misi Tadi : Dia kata botol Tupperware dia hilang. Misi Lain : Laaa… botol je pun? Bergegar satu wad tu.
Jangan Rasa Bangga Sangat Pakai Tupperware
Begitulah kisahnya.
Kerana TUPPERWARE, manusia tak ketahuan.
Kerana TUPPERWARE, manusia hilang pedoman.
Kerana TUPPERWARE, manusia sanggup berbunuhan.
Baru pakai TUPPERWARE dah bergegar wad.
Lapar benar aku TUPPERWARE kau.
Dah rasa KAYA sangatlah boleh pakai TUPPERWARE?
Renung-renungkan…
Sama-sama ambil pengajaran.
Jangan rasa bangga sangat pakai TUPPERWARE.
Jangan pandang hina orang tak pakai TUPPERWARE.
Bukan naik setakuk pun darjat kau bila pakai TUPPERWARE.
Aku tak kecam brand Tupperware.
Apatah lagi nak kecam seller.
Yang beli pun tak ada salahnya.
Yang minat pon ok je. Takdahal!
Yang salahnya sikap INDIVIDU tu sendiri.
Tak payahlah nak bongkak sangat.
Tupperware bukan mahal mana pun.
Botol PINK tulah yang buat jiran tadi hilang kewarasan!
Satu set rege dalam RM100 kot.
Bahagi 4 baru RM25
Botol Orang Kaya.
Ini baru cerita TUPPERWARE tau.
Kalau cerita BIJAN aku rasa mau meninggal dia menjerit sampai keluar anak tekak…
Morning!