PETUA UWAN Hilangkan Getah Keladi, Masa REBUS Perah Limau Kasturi & Letak Asam Keping!

Share

Rupanya antara petua untuk menghilangkan getah pada sayur keladi, sewaktu merebusnya perahkan dengan limau kasturi dan masukkan sekali asam keping.

Bukan apa, sayur keladi ni memang sedap masak lemak cili api lebih-lebih lagi resipi original dari Negeri Sembilan.Namun jika salah cara siang dan merebus sayur batang keladi ni, mula lah tekak rasa gatal-gatal.

Boleh cuba resipi dan petua masak Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Resipi ‘Ori Nismilan’ yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha
ini.

Lanjerr…Original N9, Keladi masak lemak cili api + ikan bilis. Lawannya ikan goreng, ikan masin takda makan dengan ulam petai & jering muda. Isi keladi di bawah ni sedap ya amat. Jenis isi melekit.

Bahan-Bahan:

Asam Keping
Limau Kasturi (Asam Limau)
Keladi
Cili api
kunyit hidup
Ikan Bilis
1 1/2 biji Kelapa Parut

Cara Membuat:

1. Keladi (bersihkan, potong-potong dan cuci). Saya rendam dengan asam keping dan rebus seketika. Dah empuk tos ketepikan. Masa rebus saya perahkan asam limau, asam keping nak bagi getah-getah keladi tu hilang petua dari uwan saya). Alhamdulillah setakat ni masak keladi tak pernah gatal-gatal lagi.

2. Cili api,kunyit hidup (ditumbuk).
3. Ikan bilis
4. 1 biji setengah kelapa parut (perah amik pati sahaja, pastikan guna kelapa tua ye) bergantung banyak mana sayur keladi. Masak lemak jangan kedekut santan tau. Kalau masak banyak letak je kelapa 2,3 biji.
5. Asam keping.
6. Sediakan kuali, masukkn santan, ikan bilis dan cili, masak dengan api sederhana.

7. Setelah mendidih masukkan keladi dan asam keping. Pastikan garam secukup rasa, sentiasa dikacau ye, dalam beberapa minit kemudian padamkan api, siap.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Rupanya Sebelum Masak SIPUT SEDUT, Gaulkan Dulu Dengan Hampas Kelapa Biar Semalaman!
Baca Lagi Di Sini:TIP PENTING Simpan Kelapa Parut Frozen, Barulah Tahan Lama, Tak Rosak Berbau!
Artikel Menarik:SANTAN Beku Cantik Tak Berketul, Letak Air Panas & Blend!

Mingguan Wanita: Sedapnya sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Resipi ‘Ori Nismilan’ ni. Jadi bila nak masak dan siang sayur keladi ni, perahkan limau kasturi dan masukkan asam keping masa rebus, barulah hilang getah keladi dan makan pun tak gatal tekak nanti.

Sumber:SuiSan Aliezsha

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab