Boleh dikatakan makanan lauk kebanyakannya berlendir dan hanyir. Ada macam-macam petua yang mak-mak boleh ambil untuk hilangkan masalah ini termasuklah udang.
Sedapnya udang! Masakannya pun boleh dipelbagaikan. Tapi kalau yang ada masalah gout itu, kena elakkan.
Namun, nak beli udang pun bukan sebarangan sebab silap beli, udang dah tak segar. Ini belum lagi hanyir dan berlendir. Sementelah kalau nak masak, kena buang warna hitam di bahagian belakang udang.
Bagaimana nak pastikan udang yang mak-mak beli ini kekal segar, tak hanyir dan tak berlendir. Mungkin petua ini biasa dengar tapi belum cuba. Jadi, apa kata nanti bolehlah buat pada udang atau makanan laut lain yang mak-mak beli nanti.
Masak udang sambal petai memang sedap. Tapi kalau udang dah lembik, tak sedap jugak, kan!
Ads
1. Ini cara mudah nak keluarkan kotoran dari badan udang yang size kecil dan sederhana, sebaiknya cucuk guna LIDI SATE aje.
Nak guna pisau @ gunting pun tak ada masalah tapi kalau udang tu besar dan segar boleh la. Kalau tak berapa nak PROO kompem hancur terkulai terus.
2. Gunting saja hujung kepala tu. Tak perlulah penggal kepala udang tu sebab kemanisan udang tu datang dari kepalanya.
3. Lepas dah cuci semua udang tu, perah limau untuk buang bau hanyir dan toskan. Better guna limau nipis laa sebab bau dia lebih wangi dan kuat.
Ads
4. Jangan lupa lumur garam tanpa air plak untuk hilangkan lendir-lendir yang keluar disebabkan bilas dengan air limau tadi.
.
5. Bilas semua udang dan sedia untuk dimasak. Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas yang berisi air dan bekukan.
Ads
P/s : Cara nak hilangkan bau hanyir dan kekalkan kesegaran ni, boleh gunakan untuk makanan laut yang lain juga. Asalkan asal usul dia dari air tawar / laut.
Mingguan Wanita : Garam dan limau nipis ni boleh gunakan untuk makanan laut lain juga. Kena cuba.
Rupanya ramai yang masih tak tahu bahawa pemegang kad, waris mahupun mak ayah yang mempunyai anak OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh memohon cukai jalan atau ‘roadtax’ secara percuma di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hanya perlu bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Baca perkongsian daripada Encik Akhi Akmalini sebagai rujukan;
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku. Bukan untuk OKU sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Cara Mohon Roadtax Percuma Di JPJ
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya OKU tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
Syarat-Syarat:
1.Ada lesen memandu.
2.Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3.Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Mingguan Wanita: Jadi buat pemegang kad OKU, waris mahupun mak ayah yang ada anak OKU, bolehlah rebut peluang ini. Mohon cukai jalan percuma di JPJ ikut syarat dan bawa dokumen yang diperlukan.
Jika selama ini mak-mak buang saja kulit telur selepas memasak, apa kata kali ini cuci bersih dan simpan. Bila dah penuh sebakul, bolehlah tumbuk untuk dijadikan baja organik tanaman yang menyuburkan pokok di kediaman mak-mak.
Sebagaimana yang dikongsikan Jatye Atie Christie ini, tentang aktiviti paginya membuat baja organik dari kulit telur.
Katanya lagi, “Kulit telur mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit. Baja kulit telur bagus.
“Jangan tanya kenapa tumbuk kita memang rajin orangnya.”
Ada juga yang mengisar kulit telur dalam mesin pengisar, cuma risikonya blender akan jadi sedikit bercalar. Mak-mak yang rajin boleh juga menyangai kulit telur terlebih dahulu, dan kisar menggunakan blender (mesin pengisar).
Memang risau jika rumah mahupun kebun tanaman sering didatangi oleh monyet-monyet liar. Bukan apa, selain merosakkan tanaman monyet-monyet ini juga boleh menyerang dan mencederakan diri kita. Walaupun dah cuba pelbagai cara untuk menghalau monyet-monyet liar ini, namun tak berkesan mungkin boleh guna petua yang dikongsikan oleh Encik Hadi Tamyis ini.Hanya menggunakan 2 bahan iaitu belacan dan ubat gegat.
Berikut cara yang dikongsikan sebagai panduan;
“Tangkal azimat utk menghalau monyet. InshaAllah monyet main jauh-jauh sebab bau kuat yang kurang menyenangkan. Kena kat tangan atau pakaian pun melekat.
Bahan Diperlukan :
– Belacan
– Kapur barus (ubat gegat)
Nisbah 1:1
Cara Membuat:
Hancurkan kapur barus sampai jadi serbuk dan gaul rata dengan belacan. Bau dia memang kuat, pakai sarung tangan waktu nak menggaul. Kemudian ikat macam dalam gambar dan gantung dilaluan yang biasa monyet lalu.
InshaAllah, dengan izin Allah monyet main tempat lain.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah monyet liar selalu datang ke kebun atau rumah, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Guna dua bahan sahaja, belacan dan ubat gegat sebagai ramuannya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...