Sama ada isteri bekerja atau tidak, stok cili kisar tahan seminggu ini seharusnya ada dalam list simpanan bahan mentah di dapur anda. Ianya benda wajib yang kelak memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak.
Tak adalah penat-penat urus anak atau balik dari tempat kerja nak menggodek satu-satu cili kering. Sebaiknya sewaktu hujung minggu, boleh usahakan untuk buat stok cili kisar ini.
Simpan dalam peti ais, bila nak guna boleh cedok saja. Ini petua yang dikongsikan oleh Arep Ismail akan cara beliau membuat stok cili di rumah ketika hujung minggu.
Hari ni i nak share satu benda yang sangat membantu suri rumah dalam menyediakan masakan dengan pantas
dan sedap. Almaklumlah kita ni rakyat Malaysia mana boleh lari dengan menu yang berkait dengan sambal dan cili.Leceh kan bila nak masak time time tu la nak buat cili kisar atau lebih dikenali sebagai cili boh. Dah la kebanyakan masakan nak gunakan cili kisar ni. Nak buat kemain renyah, nak beli cili boh ada yang tak menepati citarasa.
Jom saya kongsikan cara saya sediakan stok cili kisar yang mudah dan sedap juga senang digunakan. First kita kena ada alatan bantuan yang memudahkan hidup iaitu food processor dan mesin kisar.
Guna Food Processer Untuk Buang Biji Cili
Cari FOOD PROCESSOR di sini : https://invle.co/clczqe5
Bahan yang kita perlu adalah cili kering, bawang besar dan belacan. Cili kering tu lepas kita asingkan biji kita rebus dahulu selepas itu tos kan, masuk dalam mesin pengisar bersama bawang dan belacan maka kisar la sehingga menjadi cili paste.
Maka siap lah stok cili kisar kita dan boleh di simpan dalam lemari es untuk kegunaan akan datang. Nak resepi lain? Boleh join tiktok live masak memasak saya.
Selamat Mencuba.
Info menarik di sini :
Mingguan Wanita : Cili kisar yang dibuat sendiri rasanya lebih enak dan tak masam. Berbanding cili kisar yang tersedia di pasaran.
Sumber/Foto : Arep Ismail
Follow Mingguan Wanita di Telegram, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube untuk mendapatkan berita terkini dan artikel menarik.