#petua Patutlah Orang Meniaga Jenis Makanan Goreng Celup Tepung Hasilnya ‘Krup Krap’, Rupanya Ini Rahsia!

Share

Sebenarnya nak buat hasil goreng celup tepung yang rangup ini terpulang pada cara masakan seseorang, lain orang tipnya. Tetapi bukan senang nak mendapatkan bancuhan goreng celp tepung yang betul-betul melekat dan rangup walau dah sejuk.

Haaa… kena lah betulkan bahan-bahan yang dimasukkan dulu, barulah hasil gorengan celup tepung tadi jadinya macam yang orang jual di kedai. Nah, sila lah godek petua daripada seorang wanita yang selalu buat goreng-goreng celup tepung ni.

Rahsia Buat Goreng Celup Tepung

Kali ni Puan Achik Ita Jsd Kelantan nak bercerita pasal celup tepung. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.

Pertama sekali tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala KL yang tak ada habuk (serdak) tu ya.

Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Kat edai ada jual banyak cap kan, mana satu nk pilih? Ke pakai hentam je?

Ehhh… jangan. Nanti tak menjadi salahkan si pemberi resepi, padahal bahan yang tak kena.

Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, ikan, sotong dan udang ialah tepung beras cap 3 teratai (macam di gambar 1st). Untuk rapuh, rangup, berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jd tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk sebab fungsi pun berbeza kan.

Bahan-bahan:

500g tepung beras (kurang pun tak apa)
1bj telur
1sk garam
2-3sb gula
1sk serbuk kunyit
Secubit kapur makan

Cara Buat:

Bancuh semua dengan air biasa je agak-agak color peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat ais mencair bukan beku dalam tu. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat-sangat berhabuk banyak tau.

Jadi bila semua bahan-bahan dah betul, next check pula cara-cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.

-Minyak wajib banyak, jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu, nk repeat guna wajib bancuh lah sikit then campur dulu dengan yang sebelum tu

Selamat mencuba!

Published by
Nadia