petua rumahtangga

Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang.Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina. Jika dilihat orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal takde pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pemilihan keluarga.

Sebenarnya, ini antara amalan dan petua kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

1. Tidur Sekatil

Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, sudah mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.

2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari

Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.

Ads

3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah

Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri. Jadikan amalan, sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu.

4.Temankan Suami Makan

Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan. Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan.Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.

Ads

5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama

Si suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagian dan diredhai oleh Allah.

Ads

Semoga bermanfaat, sama-sama kita amalkan.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI