Semangat bukan main berkobar-kobar untuk buat biskut yang sedap dan rapuh. Bak kata orang cair di mulut. Segala macam bahan dan adunan sudah tersedia.

Sedihnya bila siap bakar dan baru nak mencuba keenakannya, terus rasa sedih sebab ‘kejadiannya’ tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum ini, elok sahaja bentuk dan cara membuatnya pun sudah ikut satu persatu. Berangan-angan nak buat biskut yang sedap dan rapuh. Akhirnya, entah apa-apa yang jadi.

Sebenarnya, kalau kita ikut cara membuat, semestinya menjadi, Cuma yang boleh membezakan apabila kita menggunakan butter dan marjerin, bahan utamanya. Satu lagi, jika kita menggunakan bahan yang sama tapi kurang berkualiti. Ini pun boleh jadi penyebabnya.

Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi cara betul untuk mendapatkan biskut yang sedap dan ranggup.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga

Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos…MUDAH Nak Buat Dan SEDAP!

Info Lebih Menarik DI SINI

Petua Buat Biskut – Hal Lelemak (Butter Vs Marjerin)

“Kakak nak share pasal nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?

IKLAN

Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara :
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU

Sifat setiap satunya :

Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat
Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap
Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap
Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa
Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter
(Nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)

Jenis Biskut

Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat. Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa.

Tart perlukan tekstur yang macamana?

Samperit nak tekstur yang macamana?

IKLAN

Cookies biasa kita suka yang macamana?

Kalau sudah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh putuskan nak guna yang mana.

Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh.

Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana

Kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh sangat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi.

IKLAN

Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter banyak lah berbanding marjerin atau shortening.

Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh. Jadi ikutlah nak guna yang mana

Asas Utama

Nak buat biskut ada 3:
a) LELEMAK
b) GULA
c) TEPUNG

Hari ni kita fahamkan asas tentang lelemak mana nak guna. Tapi bukan takat tu je. Ada benda juga kena faham pasal lelemak ini. Bukan boleh suka-suka hati saja guna.

Kadang-kadang bila dah bancuh dan bakar ada biskut jadi kembang, ada yang jadi leper dan berminyak.

#tipsbakingcikgukekrugged

MW: Moga ilmu ini memberi manfaat terutamanya yang amatur tu ye…

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI