Petua Mudahkan Urusan ‘Kerja’ Di Rumah, Guna Barang Yang Sedia Ada Je
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang ini, kita guna sahaja apa yang ada di rumah. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
Ads
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
Ads
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Di Malaysia, sebut sahaja Ar-Rahnu, mesti mak-mak akan ingatkan tentang simpanan barang kemas di situ. Tak perlu lagi nak ke pajak gadai semata-mata untuk menjualnya. Paling penting, boleh pajakkan emas dan mudah untuk tebus di kemudian hari.
Perkongsian daripada Faraszuiana Yazid ini boleh dijadikan rujukan untuk mak-mak di luar sana, cara untuk simpanan barang kemas di Ar-Rahnu. Malah, katanya tip ini untuk mak-mak yang ada barangan kemas kecil tapi mahukan dapatkan barang kemas yang lebih berat.
1. Pastikan berat barang barang kemas baru yang hendak dibeli
2. Pajakkan barang kemas lama dengan nilai yang lebih berat (ada susut nilai)
3. Pilih barang kemas kecil dengan gram yang ringan seperti cincin, loket, subang. Nilai semua mesti melebihi berat barang kemas yang hendak dibeli (lebihkan dalam 3gram)
4. Dalam satu surat boleh letakkan maksimum 10 item.
5. Bulan pertama tebus item yang paling ringan, bulan kedua item kedua ringan, tebus setiap bulan sehinggalah habis item
6. Kalau item terakhir tidak dapat tebus dalam masa sebulan. Tukarkan dengan item yang ditebus pada bulan awal-awal. Pastikan gram juga lebih berat untuk cover upah simpan. Tebus balik dengan item yang paling ringan. Ulang-ulang sehingga habis tebus ya.
7. Kelebihannya, akan dapat perbaharui surat setiap kali ambil item, tempoh juga akan menjadi 6 bulan ke hadapan.
8. Upah simpan juga akan berkurangan kerana mengikut berat barang kemas yang masih dipajak.
9. Nilai emas selepas ditebus akan ikut harga semasa.
Selamat mencuba. Tip ini berguna untuk orang-orang yang ada barang kemas kecil dan yang teringin untuk memiliki barang kemas yang lebih berat.
MW: Bagi yang biasa ke Ar-Rahnu bolehlah cuba cara ini.
Kuali atau periuk, kalau lama-lama guna memang akan muncul kerak kuali. Bahagian belakangnya tak payah cakap, hitam dan sakit mata pula bila nampak tergantung kat dapur.
Mungkin ada pelbagai cara untuk buang kerak kuali dan kembali putih. Antara pernah diguna pakai seperti menggunakan baking soda, sabun mandi dan sebagainya.
Kali ini sangat menarik, buang kerak kuali dengan menggunakan asam keping. Perkongsian daripada Puan Kalaivani Vj tentang petua untuk hilangkan kerak kuali atau peralatan dapur lain.
Penggunaan asam keping ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya.
Caranya:
1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Sediakan periuk besar dan boleh memuatkan perkakas untuk dicelupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Jika tiada asam keping, boleh gunakan asam jawa tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.
2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Antara perkakas yang nak dikilatkan seperti periuk, kuali. yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.
3. RENDAMKAN
Rendam periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.
4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Boleh dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.
5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Hasilnya berkilat.
Mingguan Wanita : Kalau mak-mak yang belum cuba, bolehlah guna cara ini. Gerenti berkesan dan paling penting macam eli baru pula.
Sumber: Puan Kalaivani Vj
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Mak-mak, jika menyiang ikan di dapur janganlah dibuang sisa ikan itu. Boleh dijadikan baja ikan yang berkesan untuk menyuburkan tanaman. Sebab ikan itu sendiri kaya dengan amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Sama ada tanaman jenis pokok bungan, sayuran mahupun tanaman berbuah. Baja sisa perut ikan organik ini sesuai untuk digunakan.
Norahim Ibrahim kongsikan cara pembuatan baja ikan yang mudah. Dengan sukatan yang betul, membantu pokok sayuran anda subur dan gemuk-gemuk daunnya.
Lebihan Sisa Perut Ikan Jangan Dibuang
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula Melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan).
Fungsi gula merah : Untuk merangsang pembiakan bakteria untuk menyuburkan tanah.
Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Masukkan perut ikan ke dalam tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.
Cara Buat Baja Ikan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...