Rupanya ada petua mudah untuk kopek kerang tanpa perlu merebusnya terlebih dahulu. Malah isinya lebih segar dan manis. Bukan apa, jika selalunya kita nak masak kerang seperti buat sambal, rendang dan sebagainya, kerang akan direbus terlebih dahulu barulah mudah nak kopek isinya.
Artikel Menarik: Rebus 2-3 Minit Cukup, Isi KERANG Cantik Elok Macam Cermin!
Namun menurut perkongsian petua daripada Puan Roserosnah Rose ada cara yang lebih mudah dan kerang tak perlu di rebus pun.
Harini sis nak kongsi petua macam mana nak kopek kerang tanpa rebus. Biasa nak kopek kerang kena rebus baru boleh keluarkan isi sebab kerang tu dah masak. Tapi berat kerang akan berkurang sebab bila kopek, banyak yang masuk mulut sebelum dibuat rendang.
Cara-Caranya:
*Masukkan kerang yang telah siap dicuci ke dalam peti ais sejuk beku, biarkan semalaman. Esoknya keluarkan kerang, rendam sekejap dan cuci, cuba buka kerang tu mudah sangat.
Info Ekstra!
- Letak dalam freezer tu untuk matikannya supaya senang nak kopek atau cenik, isinya masih OK lagi. Basuh-basuh terus la masak, cara ni lagi fresh dan manisnya lagi kekal, dari rebus, kopek baru masak.
Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Tak Perlu Berus, Bersihkan KERANG Letak Serbuk Kunyit Elok Putih Bersih!
Baca Di sini:Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Isi Lembut, Tak Liat
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak mudah kopek kerang tanpa perlu direbus terlebih dahulu. Biarkan dalam peti sejuk beku rupanya, barulah isi kerang lebih segar dan manis.Boleh cuba petua ini nanti.
Sumber: Roserosnah Rose
Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke suami isteri bila dah kahwin, perangai berbeza?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI