Umur 30-an Dah Beruban, 3 Bahan Dapur Ini Terbukti Cegah Rambut Putih Sebelum Waktunya

Antara perkara paling menakutkan dalam dunia orang perempuan, rambut beruban sebelum waktunya. Walaupun bertudung, masalah itu tetap mengundang dilema stress. Susahnya hati nak buka tudung bila terpaksa ambil wudhu di tempat awam. Seakan ada saja mata-mata memerhati kehairanan ‘Muda-muda dah beruban?’

Bukannya kita yang tentukan uban tu boleh ada ke tidak dekat kepala. Anda pun kadangkala pening juga sebab tak tahu punca, kenapa muda-muda dah beruban. Ada yang kata sebab keturunan, berpunca dari pemakanan.. tapi macam mana cara nak merawatnya pula? Ada ke cara yang boleh cegah uban sebelum waktu?

 

Umur 30-an Dah Beruban, 3 Bahan Dapur Ini Mujarab Cegah Rambut Putih Sebelum Waktu
Puan Sarifa Redzuan

 

Menurut Puan Sarifa Redzuan I, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek), masalah uban ini antara puncanya adalah disebabkan oleh stress. Ia juga boleh mengundang masalah lain seperti keguguran rambut malah rambut lambat nak panjang.

Ada cara bagaimana nak rawat rambut bermasalah seperti uban, rambut keguguran dan rambut lambat nak panjang ini. Cikgu Sarifa mengajar dengan cara gunakan 3 bahan dari dapur rumah anda. Tak perlu bersusah-susah kerana anda pun boleh buat sendiri di rumah.

 

Bahan Rawat Rambut Beruban

Segenggam daun kari

Segenggam daun inai

Ads

10ml minyak kelapa

* Kisar semua bahan ini bersama yogurt kosong. Masukkan dalam peti sejuk.

Cara Guna Petua Dengan Betul

1. Sebanyak 2-3 hirisan lemon ditonyoh ke seluruh kulit kepala.

2. Gunakan bahan yang dikisar dan dah disimpan dalam peti sejuk itu, lumur ke seluruh kepala sambil mengurut kulit kepala.

3. Selepas itu, pakai shower cap biarkan selama 30 minit ke 1 jam.

Ads

4. Cuci dengan air dingin.

5. Selesai cuci gunakan sikat kayu bergigi rapat dan sikatlah rambut untuk membuang hampas yang masih terlekat di rambut di samping melancarkan peredaran darah.

 

Umur 30-an Dah Beruban, 3 Bahan Dapur Ini Mujarab Cegah Rambut Putih Sebelum Waktu
Kredit foto : jalinanqasehjg.blogspot.com

Manfaat Daun Kari

1. Menggalakkan pertumbuhan rambut

2. Menguatkan akar rambut

Ads

3. Membantu mengurangkan keguguran rambut

4. Membantu mengatasi masalah uban

5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut

6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur

7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan II

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI