petua-masak-sambal-tak-merecik

Setiap kali masak sambal nasi lemak, mak-mak akan berdepan keadaan sambal merecik di sekitar dapur. Kalau tak banyak pun, tetap ada. Ada cara macam mana nak bagi masak sambal tak merecik ke dinding.

Peniaga ini, Laelatul Amaroh berkongsi petua. Katanya sepanjang berniaga nasi lemak tak pernah lagi dia masak sambal merecik dan dia ada petuanya.

Petua Masak Sambal Tak Merecik, Syaratnya Guna Api Perlahan

Petua Masak Sambal Tak Merecik

Baru je siap buat sambal nasi lemak, 6 tahun sudah jadi si penjual nasi lemak. Tak pernah buat sambal besepah mercik penuh dapur.

Cara saya, masak sambal dengan api perlahan & tutup kuali dalam anggaran masa 3 jam, siaplah sambal tu.”

Ads

Petua Masak Sambal Tak Merecik, Syaratnya Guna Api Perlahan

Ini Cara Masak Sambal Nasi Lemak

  • Basuh cili dan rebus, gunting-gunting tapiskan biji.
  • Blend cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar.
  • Belacan dan udang geragau, daun pandan.
  • Minyak untuk menumis secukupnya.
  • Potong-potong bawang besar, bawang putih,tumis sampai layu, masukkan belacan dan udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
  • Masak dengan api perlahan (kacau selalu)
  • Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula, garam, air asam jawa dan Aji.
  • Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.

Petua Masak Sambal Tak Merecik, Syaratnya Guna Api Perlahan

Ads

Tips : Masa yang diambil untuk masak sambal. Jika kuantiti sambal yang banyak anggaran dalam 3 jam. Jika sikit, untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak saja.

Mingguan Wanita : Begitu caranya, harap yang selalu masak sambal merecik ke dinding dapur bolehlah cuba tip yang diberikan ini.

Ads

Macam min, kalau nak bagi tak merecik ke dinding, min gunakan splatter screen. Gajet dapur ini pun membantu elak sambal terpercik ke dinding.

Petua Masak Sambal Tak Merecik, Syaratnya Guna Api Perlahan
Min guna splatter screen macam ni. Boleh beli di DIY, shopee atau Lazada. Boleh dapat harga bawah RM10.

Baca sini : Resepi sambal hitam ekspress cuma 4 bahan, masak dalam periuk tekanan jimat masa.

Sumber/Foto : Laelatul Amaroh

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI