Petua Legakan Sakit Tekak Guna 9 Bahan Dapur, Salah Satunya Kayu Manis Ceylon

Share

Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.

Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.

9 Bahan Dapur Redakan Sakit Tekak

1 ulas Bawang putih – diketuk

2 Halia sebesar ibu jari – diketuk

1 sudu besar halba

1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)

7 helai daun pudina

Madu

Secubit Garam bukit

1 hirisan lemon

Air 450 ml

Ini Panduan Petuanya

1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih

2. Tutup api

3. Tapis masukkan dalam cawan

4. Perah 1 hirisan lemon

5. Masukkan 1 sudu besar madu

6. Masukkan secubit garam bukit

7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan

Amalkan Ikut Cara Ini

√   Minum sehari 2 kali.

√   In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.

Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”

√   Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Sumber/Foto:  Sarifa Redzuan II (Petua dan amalan orang lama)

3 Jenis Kayu Manis Ada Di Pasaran

Penting untuk anda mengetahuinya. Nanti mudahlah anda gunakan mengikut keperluannya.

1. Kayu Manis Cassia

Kayu manis ini biasanya suri rumah di Malaysia gunakan dalam masakan. Amat jarang digunakan untuk tujuan kesihatan. Ini kerana kandungannya yang agak kuat dan jika diambil berlebihan memberi kesan kurang baik pada tubuh. Aromanya istimewa dan dapat membangkitkan selera dalam masakan. Ia juga dikenali sebagai cassia cina kerana asal kedatangannya dari Republik Tiongkok.

2, Kayu Manis Ceylon

Nama asli untuknya ialah cinnamomum Zeylanicum. Ia digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Berasal dari Srilanka. Ada juga yang menggunakannya untuk masakan. Tapi tumbuhan kayu manis jenis ini hanya pada sesetengah tempat saya kerana ia memerlukan cuaca yang khas untuk membolehkannya membiak dan membesar.

3. Cinnamomum Burmanii

Jenis kayu manis ini banyak ditemui di Indonesia. Ia berasal dari negara itu. Nama popularnya Kerinci kerana berasal dari Gunung Kerinci. Ia digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan jamu tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan dan dapat membangkitkan aroma.

Sumber : kayumanisceylon.com

 

Published by
Netty Ah Hiyer