Petua Kupas Telur Dengan Mudah, Tak Bergerutu, Masa Rebus Masukkan Garam & Minyak

Share

Sakit mata pula bila kupas telur tak cantk dan terkupas dengan isinya sekali. Terus terbantut selera nak makan. Nak hidang pun rasa segan pula, tambah-tambah kalau nak dihidangkan buat tetamu.

Biasanya rebus telur untuk dijadikan pelengkap untuk nasi lemak, mee kari dan sebagainya. Memanglah untuk dimakan tapi kalau menggerutu sebab kupas telur tak cantik, terus tak selera.

Ada cara nak pastikan telur rebus cantik dan mudah. Ikuti perkongsian ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TELUR REBUS Cantik Berkilat Kulit Tak Melekat, Guna Api Perlahan!

Tambah Garam Dalam Air Rebusan, Telur Rebus Elok Licin Senang Kupas!

Telur Tahan Lama, JANGAN BASUH Kecuali Simpan Dalam Peti Ais, Elak ‘Pencemaran Silang’

Info Lebih Menarik DI SINI

Kupas Telur Mudah & Tak Menggerutu

1. Bersihkan telur dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air.

2. Masukkan 1 sudu garan dam 1 sudu minyak masak.

3. Rebus lebih kurang 10-15 minit sehinggaair mendidih.

4. Kemudian, rendamkan dalam air biasa sebelum dikupas.

5. Hasilnya telur mudah dikupas, cantik dan tak menggerutu.

Mingguan Wanita : Ada banyak petua sebenarnya nak bagi telur rebus mudah dikupas dan cantik. Kalau masih gagal yang lain, boleh cuba cara ini pula.

Sumber: Myresipi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora