Petua Kulit Cantik, Licin Tanpa Jerawat, Pakai Masker Tomato SIANG HARI, MALAM Masker Timun

Share

Petua kulit cantik, tak semestinya kena guna produk yang mahal-mahal. Itu pun belum tentu jaminan, bimbang tak sesuai dengan kulit, rugi pula.

Kali ini, petua kulit cantik, tegang dan licin tanpa jerawat hanya guna masker tomato dan timun yang dibuat sendiri saja.

Caranya pun mudah sangat. Kisar timun dan tomato, nanti boleh simpan dalam peti ais, boleh tahan 2 minggu lagi.

Inilah antara perkongian daripada Shafinaz Johari, petua nak cantik dengan jimat. Guna bahan timun dan tomato saja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Ini Sanggup BAKAR KULIT MUKA Untuk Kelihatan Awet Muda Hilangkan Kedutan

Petua Dulu-Dulu Hilangkan Jeragat Dengan Campuran LIMAU & TEPUNG, Kulit Bersih, Licin

Petua Nak Cantik, Masker Timun & Tomato

Kebiasaan kalau beli sayuran, saya lebihkan tomato dan timun. Selalunya kisar hingga hancur untuk dijadikan masker muka. Masuk dalam peti ais dan boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih.

Bagi masker tomato. Selepas kisar hancur, tambahkan dengan tepung beras. Pakai waktu siang, buat macam bedak sejuk.

Manakala timun pula, kisar hancur dan simpan dalam epti sejuk. Pakai masker timun kat muka pada waktu malam.

Hasilnya, muka akan jadi tegang, licin dan bebas jerawat. Selain itu, boleh rehatkan minda.

Jadi, tak perlulah nak pakai produk mahal-mahal dan mungkin boleh merosakkan kulit muka. Zguna saja masker semulajadi ini.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Best sangat ni. Kos pun murah. Hasil pun memuaskan. Kena cuba!

Sumber: Shafinaz Johari

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora