Petua Hilangkan Panau Pada Anak Tanpa Perlu Keluarkan Duit

Share

Musim sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ditambah dengan wabak penyakit yang menular sekarang ini, tentu merisaukan semua pihak. Bagi anak-anak, rasa bosan mula melanda, nak tak nak bermainlah mereka depan rumah, tak boleh nak keluar sesuka hati.

Main hingga berpeluh dan ada pula anak-anak yang terus bersihkan muka menyebabkan panau mudah tumbuh. Setengahnya tidak sedar, ada panau yang datang menyinggah kat muka. Bagi anda yang bernasib baik, panau mungkin tumbuh di belakang atau anggota badan yang tidak dapat di lihat. Tapi kalau tumbuh di muka tentu memalukan jugak ye!

Sebab itu, orang tua cakap, kalau badan berpeluh, jangan basuh muka, panau cepat melekat. Satu hal pula untuk merawatnya. Kalau dibiarkan, makin banyak pula panau akan tumbuh. Sekarang, tak perlu risau, ada cara yang mudah untuk mak-mak rawat panau yang melekat di muka atau mana-mana anggota badan. Cuba cara ini.

Buah Pinang

  • Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

Daun Kesum Dan Minyak Tanah

  • Campurkan segenggam daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

Halia

  • Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air bersih. Amalkan selalu.

Bawang Putih Dan Halia

  • Tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Lengkuas

  • Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau.
Published by
Nora