Rambut beruban, mungkin kita beranggapan akan ada pada orang berusia, sesuai dengan umurnya. Tapi tidak pada yang masih muda pun.
Jangan salah anggap, masalah rambut beruban bukan hanya pada mereka yang berusia tapi boleh jadi pada kita yang masih muda. Sampaikan orang cakap, kalau anak muda sudah mempunyai uban, itu tandanya uban penyakit. Sedangkan ia juga boleh terjadi kerana kita terlalu stres.
Ada orang sanggup menghabis duit semata-mata untuk merawat rambut beruban. Malah, ada juga yang biarkan saja, sampaikan ada yang berbunyi, rambut beruban sebelum usianya. Begitulah.
Walau bagaimanapun, bagi anda yang ada masalah rambut beruban, ada cara untuk merawatnya. Hanya guna daun rambutan saja. Ikuti perkongsian ini.
Pada dasarnya, masalah rambut beruban kini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, ia juga boleh dialami oleh remaja malah kanak-kanak. Terlebih dahulu, ada baiknya anda mengetahui sebab-sebab masalah rambut beruban.
Di antaranya adalah kerana kekurangan gizi, sering bertukar-tukar minyak rambut, faktor genetik, serta stress dan tekanan yang melampau. Oleh kerana faktor yang disebutkan itu, susunan rambut menjadi tidak sihat, tidak sempurna dan mempengaruhi pembentukan melanin atau pigmen rambut dan muncul lah uban pada rambut dan bertukarlah warna rambut dari hitam ke warna putih.
Khasiat Daun Rambutan
Daun rambutan sangat mudah didapati terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika khususnya Malaysia. ia memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol dan beberapa jenis hor mon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.
Bahan kimia yang terdapat dalam rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.
Cara Penyediaan:
Ads
1. Cara menyediakan daun rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.
2. Anda juga boleh menumbuk halus daun rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air.
3. Setelah itu, tapis daun rambutan yang telah halus, dan dicampurkan dengan air tadi sehingga anda mendapatkan air perahan darinya.
4. Setelah mendapat air perahan tadi, usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih.
5. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.
Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan mengikut masalah uban yang anda hadapi.
Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.
Adakah kaedah daun rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya.
Mingguan Wanita : Ada pendapat mengatakan, rambut beruban itu jangan dicabut sebab nanti makin banyak. Betul ke?
Ads
Sumber: Akak Pesan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebenarnya ada cara mudah dan praktikal untuk kita lakukan bagi mengelakkan kesan karat dan kotoran pada baju bila cuci menggunakan mesin basuh. Bukan apa, jika air paip jenis berkarat meskipun telah dipasang penapis di rumah, baju-baju mudah kotor. Lebih-lebih lagi baju mahupun fabrik berwarna cerah seperti putih memang mudah meninggalkan kesan karat apabila dicuci dalam mesin basuh.
Dr Fatimah Salimada kongsikan caranya yang boleh kita jadikan panduan.
Ini lagi satu survival skill yang saya pernah kongsikan dulu. Dan nampaknya saya masih lagi perlu amalkan di rumah baru.Rumah saya ini sudah pasang penapis air di luar, namun masalahnya air paip tetap juga berkarat.
Saya sangka memang dalam saluran paip itu sendiri yang berkarat. Sudah saya panggil kontraktor tengokkan, namun macam berjangkit-jangkit pula. Nak cabut gantikan saluran paip ini entah bila lah berhasilnya kan.
Letak Kain Pada Bekas Sabun
Jadi untuk mengelakkan baju yang dibasuh terutamanya berwarna putih terkena karat, saya letakkan kain dalam bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh seperti gambar di bawah.
Air paip akan melalui bekas detergent ini sebelum sampai ke baju cucian. Mana-mana bahan terampai (punca air menjadi kabut yang boleh meninggalkan kesan pada baju) akan ditapis oleh kain ini.
Gunakan jenis kain yang mudah menyerap air, lipat beberapa lapisan untuk mengoptimumkan kadar tapisan. Tidak perlu beli kain baru, guna kain yang sudah tidak digunakan lagi saja.
Basuh dan gantikan kain ini bergantung kepada tahap kekotoran air. Macam kes saya, seminggu sekali saya akan cuci.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah air berkarat dan meninggalkan kesan pada baju setelah dicuci dalam mesin basuh, boleh cuba cara yang dikongsikan ini.
Tangan yang memberi sedekah lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dalam Islam, sedekah adalah pembuka pintu rezeki. Dengan bersedekah, dapat menyuburkan rezeki seseorang. Semakin pemurah, semakin mencurah-curah rezeki yang Allah turunkan kepada kita. Malah, setiap agama di dunia ini mengajak penganutnya membuat kebaikan termasuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Ada orang yang beranggapan, mereka akan bersedekah bila sudah kaya, sudah ada banyak duit. Sekarang mereka tak perlu bersedekah kerana duit mereka ‘cukup-cukup makan’ saja. Mereka tak sedar, bukan kena tunggu kaya raya baru nak bersedekah. RM1 pun lebih besar nilainya daripada RM1juta ringgit jika derma/sedekah itu lebih untuk tujuan mendapat nama dan populariti.
Terselit Kes Penipuan Dalam Sedekah
Tak dinafikan sekarang ini banyak kes penipuan yang didalangi oleh pihak tertentu sehinggakan bila nak bersedekah kita rasa was-was. Bagi saya mudah saja. Kalau hati kita sudah digerakkan untuk bersedekah, teruskan saja niat itu. Selebihnya berserah pada Allah SWT. Lainlah kalau kita terangan nampak mereka menipu kan.
Begitu juga sekiranya tengah menjamu selera, saya akan ‘kalah’ jika ada yang datang minta sedekah/derma walau pun tingkah laku mereka agak mencurigakan. Tak sampai hati pula kerana kita sedang mengadap rezeki. Jadi, saya akan sedaya upaya ikhlaskan hati untuk berkongsi sedikit rezeki dengan mereka juga.
Jangan salah faham, kalau tak mampu sedekah wang ringgit, macam-macam cara kita boleh ‘sedekah’, seperti sumbangkan tenaga. Kalau masjid/surau berhampiran kediaman kita mengadakan gotong-royong, ringankan badan untuk turut serta. Badan sihat, pahala pun dapat.
Malah cara sedekah yang lebih mudah adalah memberi salam atau menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Mudah kan? Bahkan macam-macam lagi kita boleh bersedekah dan mendapat pahala yang berpanjangan. Kongsi ilmu dengan orang lain juga sedekah dan bayangkan jika ilmu itu dapat membantu seseorang itu merubah kehidupannya jadi lebih baik?
Tapi perlu lakukan dengan keikhlasan dan kesucian hati. Jangan ada agenda tersembunyi. Sekarang pasti kita ada macam-macam grup whatsapp yang terdiri daripada grup rakan-rakan sekolah, rakan sepejabat, persatuan penduduk dan macam-macam lagi.
Jika tahu ada rakan atau ahli yang dalam kesusahan, apa salahnya bantu dia. Tapi sila PM tepi, janganlah sengaja up di dalam grup; “bagi no akaun, please,”, “ok done bank in…”. Hai…Takkan nak tolong kawan semata-mata dengan harapan dapat pujian daripada rakan-rakan lain pula kan? Nanti pahala ke mana, dosa pula yang dapat!
Antara Kelebihan Sedekah:
1. Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
2. Mendapat ganjaran pahala
3. Melahirkan Rasa Syukur
4. Terhindar daripada sifat kedekut
5. Sembuhkan penyakit
6. Suburkan rezeki
7. Beri ketenangan pada hati dan jiwa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.