Nak goreng ikan pun ada petua dan tipnya barulah ia tak berbau hanyir atau melekat di kuali. Asam keping pula memang banyak kelebihannya. Selain di masukkan dalam masakan, rupanya ada fungsi lain bila masukkan sedikit asam keping dalam minyak panas yang digunakan untuk menggoreng ikan nanti.
Ia petua masakan untuk menjadikan ikan tak berbau hanyir atau melekat pada kuali.Bukan apa, lebih-lebih lagi jika guna kuali biasa ikan memang mudah melekat pada kuali, malah payah pula nak cuci nanti.
Petua dapur ini dikongsikan oleh Puan Ameera sendiri daan boleh dijadikan panduan.
Petua mengoreng ikan supaya tidak berbau hanyir dan tidak melekat di kuali.
Cara-caranya ada di setiap gambar.
- Panaskan minyak.
2.Letakkan 5-6 keping asam keping.
3.Terus masukkan ikan.
4.Nah ini hasilnya. Tidak melekat dan tidak berbau hanyir.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
“Macam Magik” Minum Air Rendaman ASAM KEPING, Terus Hilang Pening Migrain
Masak Sotong Saiznya Tak Mengecut & Elak Hanyir, REBUS Sekejap Dengan Asam Keping!
PETUA Tanggalkan Kerak Kuali Tebal Dengan ASAM KEPING Memang Menjadi Sungguh!
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua dapur ini sewaktu goreng ikan nanti. Barulah ikan tak hanyir, mudah diangkat dan tak melekat pada kuali.
Sumber: Ameera
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Inai Moden Homemade BOLEH Dibawa Solat, Modal Tak Sampai RM3!
Isi Kandungan
ToggleJika dahulu, nak pakai inai kena cari daun inai, tumbuk atau kisar kemudian barulah diletakkan pada kuku berjam-jam lamanya. Ada masanya warna inai pun tak begitu cantik merahnya. Namun sebenarnya wanita boleh buat sendiri ‘inai moden’ homemade di rumah.
Modal tak sampai RM3 namun tetap cantik warna merahnya malah paling penting sah dan boleh dibawa solat. Hanya gunakan 3 bahan je dan tak perlu was-was mahupun ragu-ragu lagi bila beli inai yang dijual di pasaran.
Boleh rujuk perkongsian cara buat Inai Moden Homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini sebagai panduan.
“Saya nak share pewarna homemade yang dibuat siang tadi. Actually boleh jugak tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 ringgit.”
Bahan-Bahan Asas:
1. Kapur:
Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku.(Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet je. Jangan banyak-banyak takut panas.
Boleh beli dekat kedai runcit. Takpun cuba jengah kat dapor kome, mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku(Sukatan 2cm persegi):
#Atau, sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
Besor tu ja sabun mandi yang saya pakei. Dalam ukuran 2cm persegi.
Saya pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah saya pakai sabun gemok. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair.
Saya parut pakei gunting je.Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang dah siap parut tadi.
3. Pewarna Makanan Warna Ceri Merah
Ada yang pakei sirap. Ikut la nak kaler apa pun. Oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Tu tak boleh.. lain jadinya karang.Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
Ini la pewarna makanan yang saya pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada jugak yang pakai sirap.
Cara-Cara Bancuhan:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.
2. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Ni hasilnya..semoga terinspirasi. Saya buat ni sebab stok inai Mak dah habis.Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la mak memang inai tak putus dijari.Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.
Info Ekstra!
- Parut sabun lebih halus akan bantu mudah larut. Pewarna jenama apa pun boleh janji halal dan bentuk cair.
- Susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
- Lagi satu, yang paling penting buleh bawa solat. Sah solat Sebab warna meresap ke dalam kuku. Warna tidak hanya dipermukaan kuku sahaja yang boleh menghalang air sembahyang masuk ke anggota.. fungsinya sama seperti warna dari inai daun. Cuma ini dari pewarna makanan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanhfaat buat wanita yang suka pakai inai dijari. Memang cantik warna merahnya, nampak berseri. Namun yang paling penting sangat jimat kos dan boleh dibawa solat.
Sumber: Rosdiana Dian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DAUN KETUMBAR Kekal Segar Selepas SEBULAN, Simpan Dalam Bekas Kering Kedap Udara!
Daun ketumbar memang selalu digunakan dalam masakan harian. Baik dijadikan hiasan mahupun, menambahkan lagi aroma dalam sesuatu makanan.Sebenarnya nak simpan daun ketumbar ada caranya yang tersendiri. Ia perlu disimpan dalam bekas kering dan kedap udara barulah daunnya tahan lama, tak busuk dan kekal segar walaupun selepas sebulan.
Boleh cuba tip simpan daun ketumbar yang dikongsikan oleh Puan Noor Hafiza Mohamad ini.
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan.
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Nak tahu resultnya tengok pada setiap gambar ye.
Kecuali ketumbar saya tak rendam air. Semua simpan di chiller ye. Peti sejuk bahagian bawah.
Saya tak cuci dahulu sebelum simpan sebab daun kena kering, kalau basah cepat reput.
Baca Lagi Di Sini:
Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu
Ada Yang Tak Suka Baunya, Tetapi Banyak Khasiat Ketumbar Untuk Kesihatan
MW:Jadi kalau beli daun ketumbar dan nak pastikan kekal segar serta tahan lama, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Daun ketumbar tak perlu dicuci dan terus disimpan dalam bekas kering dan kedap udara.
Sumber: Noor Hafiza Mohamad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembutkan Kulit Popia Yang Kering/Keras, Lapik Dengan Kain Lembap Kukus Sekejap!
Isi Kandungan
ToggleKulit popia yang tak habis digunakan selalunya memang mudah kering dan keras jika tidak disimpan dengan betul. Apatah lagi bila lama disimpan dalam peti sejuk. Selalunya bila kulit popia dah jadi kering dah keras, ramai yang buang sahaja sebab anggap dah tak boleh digunakan.
Sebenarnya ada caranya untuk lembutkn kembali kulit popiah yang kering dan keras ni. Iaitu lapik dengan kain lembap dan kukus sekejap.
Kulit Popia Jadi Lembut
Untuk faham lebih lanjut caranya boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Bee Keng ini.
Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-Caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya .. saya ni ada OCD sikit. ).
**Kain lembap bukan basah ya.Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih, basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.
Nota:
- Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
- Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan ia basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkannya keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Untuk pengetahuan, orang cina suka makan popia yang tak goreng.
Selamat mencuba gais!
Baca Lagi Di Sini:
Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!
MW: Menarik tip yang dikongsikan ini, boleh cuba nanti. Jadi, tak lah membazir buang kulit popiah bila ia kering, boleh kukus sekejap semula supaya ia lembut semula.
Sumber: Bee Keng
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI