Demam urat. Mungkin ramai yang pernah mengalami keadaan ini. Tiba-tiba rasa badan tidak selesa, panas dan sakit sendi. Kadang-kadang ia juga boileh terjadi kalau salah ambil makanan ‘berangin’.
Kebiasaan cara paling mudah nak legakan demam urat ini hanya dengan makan panadol. Nanti hilanglah rasa sakit. Tapi itu hanya sementara saja. Bimbang, ia boleh muncul kembali.
Dikatakan tidak elok untuk badan kita kalau sentiasa ambil ubat. Jadi, kalau ada yang terkena demam urat, ubalah minuman ini. Dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Minum Air Rendaman Beras Sangai, Petua Berkesan Legakan DEMAM, Sejukkan Badan Panas!
Buatlah Minuman TALBINAH, Makanan Sunnah Waktu Demam, Banyak Khasiatnya!
Apakah demam urat?
Ia biasanya bermula dengan rasa sakit-sakit pada badan, sakit sendi dan sakit kepala yang berterusan. Dimulakan dengan sakit sendi barulah demam untuk sehari atau dua hari.
Simptom bila kena demam urat ini akan buat kita rasa tidak selesa, macam baru berpantang dan tak boleh sejuk. Sementelah rasa sejuk tak seman-mena.
Kalau dapatkan rawatan, doktor hanya boleh berikan ubat panadol atau tahan sakit untuk redakan sakit sendi badan.
Ini ada petua mudah buat teh untuk melegakan. Amalkan sekali atau dua kali seminggu.
Bahan:
Serai
Halia
Daun pandan (bagi wangi)
Madu asli
Caranya:
1. Ketuk serai sebanyak 2 batang.
2. Kemudian, potong halia halus-halus.
3. Ambil dua helai daun pandan.
4. Rebus semuanya dalam periuk. Biarkan ia mendidih dan tutup api.
5. Bila dah sejuk, barulah masukkan madu.
6. Minum dan rasa sedap sebab ada bau wangi dari daun pandan. Kalau nak lebih, boleh tambahkan lagi halia dan serai.
Inilah petua paling mudah dibuat. Sebaiknya minum bila dah ada tanda nak demam.
Mingguan Wanita : Dengan bahan yang ada ini juga, boleh membantu keluargkan angin dalam badan. Banyak manfaat daripada minuman ini.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita